Monday, November 28, 2011

Mengapa mesti kembali kepada jahiliah??

bismillah..
subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar...
Daripada 'Amru bin al-'Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud : " Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam itu meruntuhkan apa yang ada sebelumnya, hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan sesungguhnya haji itu menghapuskan apa yang ada sebelumnya?"
( Riwayat Muslim)
ring..ring..ring...
Ponsel berdering buat pertama kali untuk hari itu, sufiah mengangkat dengan tenang panggilan itu..
sedikit gusar hati melihat nama yang terpapar pada skrin ponselnya itu..
dapat merasakan sesuatu...
suara yang lemah berbaur kesedihan menerpa dihujung talian...
sufiah, ibu butuh bantuan kamu nak, 
kak ilham mu mengilang semenjak pagi tadi sampe sore ini gak pulang lagi
ibu khawatir sufiah..
sufiah telah dapat mentafsir apa yang ada dibenak ibunya
tekanan mula dirasakan..
ibu, yang banyak sabar ya, nanti sufiah coba hubungi kak ilham ya..ibu tunggu bentar ya..
tanpa menunggu lama, talian ke kak ilham terus disambung, malang sekali gak berangkat, lalu SMS dikirim, namun tetap gak direspon..
sufiah hanya mampu beristighfar...dalam hati yakin bahawa kakaknya itu cuba mengulangi tabiat lamanya itu..
tidak lama dari itu, ponselnya berbunyi lagi
ibu teresak-esak, sambil mengadu..ibu dan bapak buntu sufiah, sampe kapan bapak harus terusan memburu kak ilham di tempat itu..
sufiah mula mengenang kembali saat kak ilham sakit kuat dan sebelum dioperasi , dia bilang mau tobat, gak mau ulangi kesilapan, dia mau jadik orang baik, mahu jagain ibu dan bapak.. 
tapi...
mengapa kini setelah kondisinya semakin memulih, dia sepertinya mau kembali ke masa silamnya...
sufiah bingung memikirkan kakaknya..
bukankah seharusnya seorang muslim itu hidupnya hari ini harus lebih baik dari kemarin
kak, sedarlah...berobahlah selagi ,masih berpeluang..
memang bener, untuk berobah itu gak segampang yang disangka..
sufiah meluah rasa
cobaan untuk berubah itu memang sangat hebat
justeru kita amat butuh kekuatan dari yang Maha kuasa untuk terus tegar...
jangan pernah mengalah sebelum mencoba..
yakinlah bahawa Allah akan senantiasa membantu hambaNya yang ingin bertobat..

Mengapa Mesti Kembali Kepada Jahiliah?
Sedar atau tidak, masih wujud dikalangan kita yang masih terpengaruh dengan unsur negatif yang pernah wujud di zaman jahiliah yang pastinya bertentangan dengan ajaran islam semata-mata kerana ingin mengambil jalan pintas untuk mencapai jalan hidup yang diingini.. misalnya berjudi dan berzina..
90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [al-maidah:90]


Inilah antara penyakit yang sedang menjalar dan menular pantas dalam nadi masyarakat Islam hari ini menyebabkan keruntuhan Islam. Oleh itu pembaharuan sikap dan pemikiran amat perlu bagi membolehkan umat Islam mencapai kemajuan serta kecemerlangan dalam membina kehidupan yang lebih baik seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.

89. . mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan Yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong; 

[an-nisa': 89]


justeru, mengapa kita perlu kembali kepada jahiliah? fikir-fikirkanlah
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),10. Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). [as-syams:7-10]
kita yang harus memilih...ayuh kita berhijrah kepada yang lebih baik... 


damansara; 10.00 a.m



Thursday, October 27, 2011

RoaD to NILAI!!!

salam mujahadah..
rasa telah lama tidak mencoret sesuatu pada ruangan yang telah bersawang ini..izinkan diri berkongsi sesuatu...


hari ini, baru ku sedar nilai sebuah ukhuwah..
hari ini baru ku sedar akan ujian itu suatu tarbiyah..
hari ini baru ku tahu pengalaman banyak mengajar..
hari ini baru ku tahu banyak hal...melalui suatu ujian yg didatangkan Tuhan..
ku yakini dulu, kini & selamanya, disebalik sesuatu pasti kan ada hikmahnya!


Seusai tautan ukhuwah bersama sahabat tamat, aku dan sahabatku, bertekad untuk bergerak pulang awal, insyaallah aku bisa mengingat jalan pulang dan siap untuk membonceng sahabatku..rumaisa' ku tunggang dengan cermat dan penuh berhati-hati kerana hujan baru saja mereda, jalan raya yang dipenuhi air pasti licin!
setelah memasuki highway, aku mengekalkan momentum rumaisa' sekitar 80-90km/j..


Bibir ini tidak lekang dari berzikir apabila rumaisa' ditunggangi, lebih-lebih lagi tatkala bermusafir ke tempat yang agak jauh. Sedikit berbangga dengan rumaisa' hari ini kerana dapat melakukan perjalanan yang jauh hampir sejam perjalanan.


tiba-tiba...


Rumaisa' yang kutunggang hilang kestabilan. dengan pantas aku memerlahankan tungganganku dan berhenti di sisi jalan..500m menghampiri R&R Seremban..rumaisa' tersadai seketika...


Sahabatku cuba menenangkan keadaan, kami cuba memikirkan jalan penyelesaian bersama, sahabatku mula menghubungi rakan-rakan lain untuk mendapatkan bantuan. sedang aku cuba menghubungi seorang pak cik yang sebelum ni telah membantu sahabatku yang ditimpa masalah yang sama..nasib tidak menyebelahi, pak cik tadi telah keluar memancing, kata si anak beliau.


Kelibat motor yang ingin membantu mula datang, lebih kurang 3-4 biji, tapi kami menolak dengan penuh hikmah bantuan motor-motor itu, kurang yakin!..takut keadaan rumaisa' lebih parah..


Hampir setengah jam menunggu, sahabat kami yang menaiki kancil tiba, namun kudrat muslimat berbeza dengan min, masalah masih tak dapat di selesaikan, terpaksa menunggu sahabat min dari nilai, yang dijangka tiba bersama pomen, tiba-tiba, sahabat A tidak jadi untuk datang dek kekangan yang muncul tanpa dugaan, Alhamdulillah aku masih dalam pengharapan, sahabat  B pula ingin datang menghulur bantuan, setelah sekian lama menunggu, kelibat sahabat B tak kunjung tiba, sahabat B juga akhirnya tidak dapat datang, tetapi sahabat C akan datang bersama pomen yang dijanji..penantian masih diteruskan, hujan semakin lebat..


Beberapa ketika menunggu, hujan mulai mereda, kami cuba menolak rumaisa' ke tempat yang lebih selamat, dalam hujan renyai-renyai itu sahabat-sahabat aku yang menaiki kereta turun, lalu bergilir-gilir, menolak rumaisa'...mungkin ini yang dikatakan ukhuwah..


terharu..sungguh,
itu yang aku rasa....


tetiba muncul sebuah lori..."PROPEL"


Tiga orang lelaki turun, dan cuba menghulur bantuan..keadaan kelam kabut, hujan masih turun..telefon bimbit kucapai, lalu kuhubungi sahabat C, bimbang beliau telah berada dalam perjalanan..alhamdulillah, beliau masih di rumah bersama pomen yang dijanji untuk datang bersama menghulur bantuan...


Akhirnya, keempat-empat bantuan yang dinanti dari Nilai selama satu jam setengah tidak jadi tiba...


Kami menaiki trak bersama rumaisa'...
alhamdulillah selamat tiba di bengkel semarak jam 6.47 pm..
tanpa membuang masa kami bergegas ke petronas untuk solat sementara rumaisa' dirawat.


Hakikatnya kaki ini masih terketar, terkejut dengan keadaan rumaisa' yang tidak stabil tadi....namun tidak tegar melihat sahabat yang kurang sihat menunggu lebih lama dalam keadaan basah yang pasti akan lebih menjejaskan kesihatan dirinya, ku kuatkan diri..


kuredah hujan yang lebat dengan penuh tekad..


alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah dalam keadaan lenjun...


alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana beri peluang untuk kami jadi tabah dan sabar....


maaf sahabatku, aku tak bisa melindungimu dari basah sedang dirimu kurang sihat kerana aku hanya punyai rumaisa' sebagai tunggangan...terima kasih kerana sudi bersamaku saat rumaisa' mengalami kecederaan...


26hb_okt11

Thursday, May 19, 2011

ikhtilat IKHWAH & AKHAWAT, bagaimana dgn kita???

bismillah...
astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirulah... 
dada ini terasa begitu sesak..entah mengapa
kekadang, takut untuk terus berkata-kata...
takut untuk terus mengingatkan..
namun....
kerana sedar akan hakikat kemanusiaan bahwa diri ini tak lari dari membuat kesilapan, namun kesilapan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi. 

Masih ada peluang untuk membaiki keadaan. Takkan selamanya manusia itu berada dalam 
kesalahan yang sama. Begitulah juga dengan kita...

Persoalan "ikhtilat antara IKHWAH dan AKHAWAT, bagaimana dengan kita?" Terkadang saya berfikir sendiri, wajarkah isu ini dibangkitkan. Saya sedar bahwa ramai yang telah pun tahu dan faham benar akan persoalan ini namun izinkan diri ini membekaskan tulisan atas tajuk ini. Tujuan penulisan ini tidak lain dan tidak bukan sekadar ingin membuat sedikit perkongsian..

Seseorang yang mempunyai ilmu serta mengaku diri sebagai orang yang FAHAM tentang Islam, terutama mereka yang terlibatnya di dalam dakwah haruslah menjaga dan memastikan dirinya jauh daripada ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.

*******************************************

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".
firman Allah swt:

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)


Namun, bukanlah menundukkan pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa.Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)


3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah bisa melibatkan keluarga.
Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat!!

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.

Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.
firman Allah swt:
"... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

Islam amat menitik beratkan soal hubungan ikhtilah antara lelaki dan perempuan sebagai langkah ikhtiat agar kelangsungan ummah tidak dicelarukan.

Namun ini bukanlah bermaksud antara lelaki dan perempuan langsung tiada ruang komunikasi. Islam adalah agama yang mudah-memudah dan seharusnya relatif dengan tabie manusia. Islam meletakkan keharusan dalam muamalah dan hubungan kemasyarakatan antara lelaki dan perempuan dengan di sana juga diletakkan seiring batasan syariat. Batas yang digariskan bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan tapi sebenarnya ia adalah langkah selamat ke arah menjamin keselesaan dan keselamatan ummah.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum Hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? mari kita fikir bersama.....

Salam Thohirin & Tawwabin


Wednesday, April 6, 2011

k.e.M.A.A.F.a.n

bismillah...

sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan, saya merasakan bahawa perkara yang paling saya tidak sukai untuk melakukannya adalah menyakiti hati mereka yang berada di sisi. Namun tanpa disedari banyak hati yang telah terluka.

Adakalanya, saya merasakan bahawa saya telah melakukan yang terbaik untuk menyenangkan mereka yang berada di sisi, namun mengapa mereka masih tidak berpuas hati??? kelihatan 'ego' saya mula meninggi..astaghfirullah..
saya pernah cuba untuk menjadi 'tegar', cuba untuk membiarkan hati ini sedikit 'keras' dengan tidak mengendahkan mereka yang 'terasa' dengan saya, namun hati ini masih belum mampu, setiap kali diri ini cuba untuk 'berkeras' dan bertindak 'tegar', diri ini sendiri terasa sakit dan perit...

mungkin kerana ukhuwwah yang bertaut antara kita bukan kerana nafsu tetapi Allah lah yang mentautkan hati kita..
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita pernah berterima kasih kepada mereka? berterima kasih kepada mereka yang pernah menyakiti kita sehingga kita bisa jadi kuat, @ berterima kasih kepada mereka yang pernah membahagiakan kita @ berterima kasih kepada mereka yang sudi berada di sisi saat kita butuh bantuan..pernah?? 
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa mengakui bahawa setiap orang sedar akan ketidaksempurnaan dirinya.
Dengan itu juga kita belajar bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu adalah orang yang lain.
Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.
Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga meletakkan harga yang terlalu mahal harga untuk kemaafan kita?
Tak mahu bertegur sapa, tak mahu mendekati, tak mahu memandang tak mahu dan tak mahu...
adakah kesalahan 'dia' begitu besar sehingga 'dia' tak layak untuk dimaafkan oleh kita? adakah kesalahan yang 'dia' lakukan itu telah menghapuskan segala kenangan yang pernah sama2 kita lalui dalam tempoh yang panjang suatu ketika dulu, adakah kesalahan 'dia' dalam sehari dua telah membunuh ukhuwah yang terjalin hampir dua tahun..astaghfirullah..dosa apa yang telah 'dia' lakukan???
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?
Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita bisa mencontohi baginda?
Kita bakal diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan memberi sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." [Al-Hujurat : 10]

Friday, March 4, 2011

Kau dan Aku!

dengan bismillah ku bermula...
buatmu teman yang kukasihi..


Terpendam lama
Hasrat di dalam jiwa
Melihat kemesraan
Kan berulang semula

Sekian lama
Bertemu dan bermesra
Suka dan duka melanda
Ditempuhi bersama..

Ikat persahabatan
Jalinkan kemesraan
Antara sesama insan
Jadikanlah amalan
Leraikan kekusutan
Redakan kemarahan
Kerana perpaduan
Membawa kepada kekuatan

Kerana Tuhan..
Menyayangi hambanya yang
Cintakan kedamaiaan
Dan persahabatan

Jangan dibiarkan dendam
Membara di hati


mohon maaf atas segala khilaf..ukhibbuki fillah!