Wednesday, April 14, 2010

BagAimaNa kita ~

salam mujahadah....

Islam ini syumul...iNDAH~ islam is the way of life..islam memandu manusia dalam setiap perkara..dalam erti kata yang mudah, islam telah menyediakan jalan yang terbaik yang bisa memandu manusia dalam setiap perkara.. segalanya hanya terpulang kepada umat sekalian samada untuk mengikut atau menolak panduan yang di beri..
hari ini kita melihat realiti yang berlaku, umat islam seakan malu untuk mempraktikkan apa yang telah disyariat islam..seolah dengan mempraktikkan islam, kita akan kelihatan ketinggalan..anak-anak muda memilih untuk berada di tepi-tepi jalan sambil bermain gitar secara jemaah daripada menjadi ma'mum dalam solat di masjid... remaja muslim memilih berpeleseran di shopping complex lebih bermanfaat dari duduk menimba ilmu untuk kepentingan umat sejagat..gadis-gadis muda memilih pemakaian berfashion ala barat yang menampakkan pusat afdhal dari memakai jilbab melitupi aurat...
sedang hakikat sebenar islam bersifat murunah..fleksibel dan sesuai pada semua tempat dan masa..contoh dalam muamalat..hari ini, tidak dapat tidak...muamalat antara adam dan hawa pasti berlaku eg: dalam perbincangan ilmu, urusan kerja dan sebagainya..islam tidak menolak hal ini namun inDahnya islam menyediakan garis panduan dalam bermuamalat itu sendiri untuk mengelak kemudharatan yang berpotensi berlaku..namun semuanya terpulang kepada umat islam sendiri...dimana mereka meletakkan islam dalam kehidupan..panduan atau sekadar hiasan
di sini terdapat beberapa tips pergaulan yang dinyatakan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:
1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِن
وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......"
[Surah al-Nur : 30-31]
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ"
....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...."
[Surah al-Nur : 31]
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik. 3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-

a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.

b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.

c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.

4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.

5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.

6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.

waallhu alam..

Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net/

"moga kita sama-sama bisa beramal, fleksible is available but dont overstep the limit.."

Thursday, April 8, 2010

KEnANgaN TerInDah~

Salam mujahadah..
Masa berlalu terlalu pantas..berakhir sudah kelas bagi sem nie..belum puas rasanya belajar bersama sahabat-sahabat BLC nie..
Alhamdulillah...kesyukuran yang amat aku panjatkan padaMu kerana memberi peluang dan ruang untuk aku mengenali teman akhawat dan ikhwah blc ini dan sama-sama menuntut ilmuMu secara tidak langsung mencatat memori indah bersama..andai sem depan kami tidak ditakdir untuk duduk bersama menadah ilmu sekelas..aku tetap bersyukur kerana sem ini aku telah diberi peluang untuk bersama kalian walaupun masa terasa singkat..sesungguhnya melalui kalian aku telah belajar bnyak benda..
Ikhwah yang dihormati....
antum semua baik-baik belaka..basri, rais yang bertanggungjawab, terserlah ciri kepimpinannya, secara tidak langsung melaluinya aku belajar bagaimana untuk menjadi pemimpin ..dan hakikatnya memang kita semua telah lama menjadi pemimpin samada sedar atau tidak...
Ibrahim, ikhwah yang tidak jemu memberi pesanan dan peringatan kepada sahabat-sahabat..syukran ustaz,... farhan, azizi, dan izzat walaupun simple orangnya tapi aku yakin bahawa mereka antara ikhwah yang bertanggungjawab dalam menjalankan setiap amanah..rusydi dan abu bacar..dua orang foreigner yang mesra dan mudah bermuamalat dengan semua..
...............................................................................
Akhawat yang kukasihi...
k.ihan, k.haizum, ibu(ana omar), zatie..mereka nie muka-muka yang sentesa membantu naibah blc ini membuat keputusan..syukran sangat kat antunna..atiqah, sofia and athirah, 3 orang sekawan yang suka bersama..mereka ber-3 sangat sempoi tapi hakikatnya hati mereka semua sangat lembut-
nazihatain(k.jee n k.ha) seorang mai dari utara, soghe lagi mari dari klate..hat sorang penyegan, hok soghe lagi banyok tanyo n suko kecek...hazirah,...muslimat paling kecik kukira plus pemalu orangnya...
cik hanan, finaz, , shahera, iela, fia, k.adlina n k.idza, semua nie baik-baik belaka..selalu memberi kerjasama dengan naibah diorang..lagi-lagi cik hanan..jah plak antara akhawat yang paling rajin and semangat dalam pelajaran...sangat sederhana orangnya tapi aku yakin dia antara akhawat yang hebat.........farhana muhd and farhana ismail, serius orangnya..tapi bila bertemu naibah diorang yang biasa-biasa ja orangnya, diorang terpaksa menyusun kata memulakan bicara..maap andai membuat antunna kurang selesa..
ummu dan ain..dua insan yang tidak jemu membantu naibah diorang, kalu naibah diorang ada masalah..diaorang la yang akan memberi semangat dan sokongan agar naibah diorang terus kuat...susah juga bagi naibah untuk mengelak andai wajah ini kurang ceria seperti biasa, mereka antara orang yang terawal menyedari dan......naibah terpaksa bersedia dengan jawapan..
nusaibah seorang lagi..walaupun baru kenal sem nie tapi rasa dah lama kenal dia, serius orangnya tapi sangat tenang hakikatnya....nusaibah banyak membantu naibah dalam madah arab..dia antara pembakar semangat naibah untuk terus mendalami bahasa syurga nie..
pape pun melalui kalian yang punya seribu satu ragam dan fi’el yang pelbagai, aku belajar banyak benda..aku sangat berterima kasih kepada kalian kerana kesudian kalian memberi kerjasama dan membantuku dengan banyak dalam setiap perkara..
sekadar coretan biasa dari insan yang biasa... maap atas segala kesilapan..dan halalkan segalanya..
moga ukhuwah kita berkekalan..
"sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
(al-hujurat: 10)
Aku ingin terus menjadi saudara kalian
Aku ingin ukhuwah yang terbina atas dasar aqidah yang sama ini bisa terus kekal hingga ke syurga.
Andai aku pernah mengguris perasaan kalian, ketahuilah bahawa bukan itu yang aku mahukan..aku sesekali tidak pernah menyimpan niat untuk menyakiti kalian..sedarilah bahwa aku manusia biasa..hakikat manusia tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan..andai aku pernah menegur kalian, ketahuilah itu tanda kasihku pada kalian..dan sesungguhnya teguran itu bukan untuk kalian sahaja tetapi buat diri yang serba hina ini.. Harapanku kita semua bisa beramal dengan ilmu yang ada agar kita tidak dipersoalkan di hari kelak..ingatkan aku tatkala aku terlupa..tegurlah aku takala aku terleka..
~di mana BUMI dipijak, di situ ISLAM dijunjung~
Salam ukhuwah!!!!!!!!!
****************************************

~al-haya'~

Salam mujahadah..

“Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka”
(HR: bukhari)
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah kedua-duanya”
(HR: Bukhari)
Malu...apakah erti sebenarnya?
rasa malu ( al-haya’) ialah suatu sifat yang natural dalam diri manusia, yang membuatkan seseorang tidak selesa ketika melakukan perbuatan buruk dan haram. Dengan itu seseorang dapat mencegah dirinya dari melakukan perbuatan terlarang kerana adanya perasaan semulajadi dan fitrah itu.

Dalam buku al-radd ‘ala al-Madiyyin, Sayyid Jamaluddin al-Aasabadi mengatakan : “ Dengan kata yang mulia itu (rasa malu) hak-hak manusia dihormati dan mereka tidak melanggar batas-batas yang telah ditentukan.”
................................................................
Melihat kepada realiti hidup hari ini khususnya golongan muda dan mudi.. seolah rasa malu telah semakin terhakis dalam diri mereka..hilangnya rasa malu dalam diri menjadikan golongan ini manusia yang suka berfoya-foya, bercinta dan berlagak ke hulu ke hilir menunjukkan diri..bahkan ada yang memilih menjadi kutu jalan...rasa hasad dengki, iri hati dan cemburu sesama sendiri bersarang penuh dalam diri mereka.

Mereka sering berangan-angan, khayal dan lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya. Hari ini berapa banyak kes zina dikalangan pemuda pemudi islam...berapa banyak kes buang bayi..pilu..sedih, mengapa mencipta ruang untuk si bayi andai tidak mahu memberi mereka peluang..lebih memilukan mereka yang turut terlibat adalah dari golongan yang berlatarbelakang pendidikan agama...benar ilmu tanpa penghayatan tidak bisa membuahkan amal yang sempurna..maka amat penting penghayatan ilmu yang ada untuk dizahirkan dalam amalan yang sahih..

Terlalu sedikit muda-mudi yang berusaha memahi agama, boleh dibilang yang ingin memperjuangkan islam dan tamadun umat supaya kita jadi gagah di mata dunia..kebanyakkannya membina budaya lucah, gila harta, wanita, pangkat dan saling bersengketa sehingga jentera penggerak untuk membangun tamadun menjadi lemah dan lembap..

Mereka tak bekerja kalau bukan makan gaji. Masa lapang dihabiskan di padang bola, bukan untuk perkara yang lebih bermanfaat..yang lebih penting untuk ummat sejagat..
Berapa kerat muda-mudi yang yang dapat menunaikan sepenuhnya tuntutan solat lima waktu sehari semalam?? Maka sebanyak itu sajalahdari mereka yang boleh diletakkan harapan..

Syabbab dan fatayat yang memiliki rasa malu adalah golongan yang serius terhadap tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Mereka menyediakan masa, tenaga, fikiran dan semangat untuk tugas khalifah Allah di dunia...
Jadi di manakah kita???
Moga Allah memelihara sifat MALU kita semua..dan kita bisa mempratikkan dalam kehidupan kita sebagai muslim..
Nabi pernah bersabda: “ al-haya’ min al iman”
Waallahu ‘alam...

Monday, April 5, 2010

WaRkAh DaRi TeMaN uNtuK TeMan~

Kita berjumpa kerana takdir
Kita berkawan kerana kasih sayang
Kita bersama kerana hati
Kita kekal kerana kuatnya ukhwah
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan
Tapi yang paling penting…..
Semuanya kerana Allah
Bukan mudah untuk berkawan
Bukan mudah untuk kekalkan
Bukan mudah untuk teruskan
Tapi semuanya kerana Allah…
tanpaNya tak mungkin sekarang terjadi…
coretanku hanya biasa bagi insan bergelar sahabat……
Apa itu kwn?
Kehadirannya menceriakan
Antaranya tiada kecurigaan
Walaupun jauh atau dekat namun tetap di hati
Apa yang pasti
Nama dan jasanya sentiasa diingati..
Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kita..
buat teman-teman yang dikasihi...aku bersyukur kerana Allah menghadirkan kalian ke dalam hidupku..aku bersyukur kerana aku bisa belajar sesuatu melalui kalian..aku bersyukur diberi kesempatan untuk bersama kalian mencari rahmat Tuhan..terima kasih teman kerana sudi bersamaku saat aku senang dan kesusahan..terima kasih kerana sudi menjadi sumber kekuatan saat aku butuhkan sokongan..terima kasih kerana sering mengingatkan kalam Tuhan saat aku mencari pedoman...kerana itu yang kuinginkan..kita sama-sama mencari rahmat Tuhan di setiap ketetapan..
moga hingga ke SYURGA bisanya ukhuwah ini berkekalan...
dedikasi buat kalian : faruq ayyash, wardatulsyaukah, ainsolehah, amalina, finding_true_love, ummu_saja

Friday, April 2, 2010

JaNgaN PuTuS aSa!!

Salam mujahadah..
Firman Allah;
‘Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?’

(al-baqarah: 44)

Sering sahabat bertemuku berkongsi masalah yang dialami..sebagai sahabat aku berusaha membantu dan merai mereka yang sudi bertamu..
Aku sebagai manusia biasa sekadar membantu yang termampu berbekal sedikit ilmu yang ada menjadi juru pandu..sering aku menasihati sahabat-sahabat agar terus kuat dengan dugaan yang bertamu, kerana sesungguhnya dugaan yang bertandang tika ini hanya sekadar cebisan dari mehnah kehidupan yang perlu kita tempuhi..hakikat kepada perjalanan hidup yang baru bermula...
Namun tatakala diri ini didatangkan dengan ujian, seolah diri ini tidak mampu bertahan..lemahnya diri ini..bisa mengingatkan insan namun pabila diri diuji, dengan mudah mahu mengalah..mengapa bisa begitu? Adakah diri ini terlalu lemah? bicara temanku memujuk hati ini....

“dalam diari seorang pejuang tiada masalah yang tak merumitkan, ujian yang tak melemahkan, dugaan yang tak menyusahkan, bahkan itu suma di jadikan batu loncatan untuk lebih hebat..mereka tepu dengan dugaan..Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi..lambang kekerdilan kudrat hamba, berhadapan dengan ‘belaian’ PENCIPTA...sebagai tanda ingatanNYa..terus senyum walau payah dan susah di uji..”

####################################################

hari-hari yang kulalui lewat ini membuat aku berasa sangat tidak keruan, kebingungan...adakah iman ku kurang sihat?? Benar mungkin terlalu leka sehingga lupa bertanya khabar iman kepada diri sendiri menjadi punca aku berkeadaan begini...sedih..sangat sedih
benar, adakala diri ini perlu bersendirian, berdialog dengan Tuhan, dalam kesibukan mengingatkan teman-teman, diri ini tak boleh dilupakan...perlu sentesa diingatkan..muhasabah perlu sentesa dilakukan..agar niat bisa dibetulkan...
bukan mudah bernafas dalam diri sebagai hamba....
rasanya dalam tempoh ini aku jarang menangis,tetiba hari itu, tanpa kusedari ada titisan jernih yang mula mengalir dipipi,..sungguh aku tidak bisa menahan air jernih itu dari terus mengalir membasahi pipiku..bicara temanku benar menyedarkan aku..aku rasa malu pada si DIA, terasa diri ini hina, lemah...layakkah aku untuk bertemu denganNya...

“ adakalanya Allah biar kita lakukan kesalahan supaya kita belajar dari kesalahan itu..kalu kita berani menyedari kesalahan kita, kita mesti berani untuk membetulkan kesalahan itu..jangan takut melakukan perkara yang baik..kekadang kita terlalu bimbang dengan kata-kata orang sehingga membelakangkan pandangan Tuhan..wajarkah kita bertindak sedemikian?? sudah tentu tidak... enti boleh, enti kena KUAT..kekuatan perlu dicari bukan ditunggu..bila Allah datangkan kesedaran bermakna Allah masih sudi pandang kita..” pesan sahabatku..

terima kasih Tuhan kerana masih sudi memandang hambaMu yang hina ini,
terima kasih kerana sudi mengingatkan hambaMu agar tidak terus leka dengan kenikmatan yang Kau beri...
Thank you Allah..
Banyak jalan yang berliku
Ada satu yang kutuju
Melangkah pasti bersama Illahi
Yang selalu ku yakini
Peradaban disela suasana
Tak membuat hatiku tergoda
Melangkah pasti bersama Illahi
Yang selalu kuyakini
Ku akui diriku lemah
Namun tak selamanya aku susah
Ku akui diriku kalah
Tak selamanya aku menyerah
Selama diriku yakin bahagia
Allah memastikan segalanya
Sambil berdoa dan berusaha
Janganlah putus asa
(Saufa Nasyid)