Saturday, May 29, 2010

SaTu AmanaH

salam mujahadah...

[ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"....]
-al-baqarah:30-



[ Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu ]
-al-zariat: 56-



[ Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ]
-Al-mukminun: 115-

[ Kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.....]
-Ali-Imran: 110-

[ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung ]
-Ali Imran: 104-

Masih mampukah kita tersenyum dan bergelak ketawa?, sedang task yang diberi oleh DIA bukan biasa-biasa.. 'amanah' yang kelak akan dipersoal dihadapanNYA..bersediakah kita?


"ana dah bersedia nak bawa ISLAM...ana pejuang ISLAM"

yeap! sangat bersedia kukira..

benarkah sudah bersedia???

 

*************************************************


KATANYA KAU SEORANG PEJUANG…


katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri akibat
lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu


katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu...

( ayuh sama renungkan kembali, telah bersediakah kita memikul amanah dari RABB ini? layakkah kita menggelar diri ini pejuang, pejuang agama! justeru bersiap siagalah agar kita tidak dipersoal kelak...)

Monday, May 17, 2010

golongan manusia~

salam mujahadah..


Golongan pertama:


[hidup untuk dunia sahaja]

dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup Yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".[ 6:29 ]

dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. [45:24]

Golongan kedua:

[sesat antara dunia dan akhirat]


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang Yang beriman serta mengerjakan amal-amal Yang soleh - ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. [47:12]

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [3:14]

Golongan ketiga:

[dunia adalah ladang untuk akhirat]

dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa Yang kamu usahakan. [6:3]

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [ 51:56]


dimanakah kita? gol. pertama, kedua atau ketiga..
ayuh sama2 fikirkan...

Tuesday, May 4, 2010

Kamu Orang yg FAHAM (?)

Salam mujahadah..
Mr. X : Ya Allah, tatkala bahang mahsyarMu menjilat tubuh, izinkan kami sama2 berteduh. Tatkala mizanMu teliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa, naungi kami di sana...berkat kasih sayang keranaMu semata2. Andai kulayak menapak di syurgaMu, kupinta insan yang ku syg ini bersama2ku..salam tahajud ukhtiku..
Srikandi_affan : syukran ya akhi..salam tahajud kembali =)
Biasa dengar situasi begini atau anda sendiri yang biasa berada dalam situasi ini???? Ini kot yang dinamakan dengan “ukhuwah”...mungkin saya nie terlalu “jumud”.. Ohoo, lupa nak habaq,
Mr. X dan Srikandi_affan bukanlah suami isteri. Yeap, langsung tiada ikatan sah dan halal! Tapi mereka adalah orang-orang yang ditarbiyah. FAHAM..[tapikan, kalau mereka orang yang FAHAM, mereka takkan buat macam ni! So, apa yang mereka FAHAM sbnr nya?]

Overate diri sendiri

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja"

* * * * * * * *

“Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kau akan mati. Cintailah sesiapa sahaja sepuas hatimu,tapi ingat kau pasti akan berpisah. Lakukanlah apa sahaja yang kau mahu,tapi ingat kau akan dibalas dengan yang selayaknya”

p/s : honestly, meremang bulu roma saya ketika menaip text msg di atas…geli.. Astaghfirullah..mari sama2 kita duduk sebentar dan beriman..fikirkan2 kalu anda orang yang di TARBIYAH dan FAHAM.... (peringatan buat diri penulis dan teman2)

Saturday, May 1, 2010

SeSeKaLi diUji~

Salam mujahadah..
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahanTerasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup iniTeruslah berdoa
Pada AllahPengasih…Pemurah dan Penyayang
(sesekali diuji- NICE)
ujian adalah tarbiyyah dari Allah, samada kita sabar atau sebaliknya...kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Allah..... Carilah rahmat disetiap ketentuan, yakinlah bahawasanya Allah s.w.t tidak akan mencabut sesuatu dari kita melainkan Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. TETAPI itu apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya. Maka janganlah kita terlalu bersedih dengan ujian yang menimpa..Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya sangat miskin. Sedangkan akhirat lebih baik dan kekal.Sehinggakan, barangsiapa yang mendapat musibah di dunia maka di akhirat kelak beliau akan mendapat kesenangan di akhirat; dan barangsiapa yang sengsara hidupmya di dunia, di akhirat kelak akan bahagialah.. berbeda dengan mereka yang lebih mencintai dunia, yang hanya mendamba kenikmatan dunia yang sementara dan lebih bahagia dengan keindahan dunia..hati mereka akan sentiasa gundah, bingung andai tidak bisa memperoleh kenikmatan dunia dan sangat gusar serta takut tatkala hidup di dunia tidak nyaman..mereka memandang ujian sebagai petaka yang menghancurkan, cubaan sebagai penamat segala kesenangan..ini kerana mereka terlalu mengagungkan dunia yang fana ini.. Wahai teman yang ditimpa ujian, sesungguhnya tiada sesuatu pun yang hilang dari kalian..hadapilah musibah dengan sabar, dengan itu kita akan menyaksikan buah manis dari musibah itu..... firman Tuhan:
....lalu didirikanlah di antara mereka( orang2 mukmin dan orang2 munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang disebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan disebelah luarnya ada seksa (neraka)
( al-hadid: 13)
Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia....

Saturday, April 24, 2010

Kesinambungan ISLAM dengan Syariat yang Mudah~

salam...

sedang ghalit studi sempat terbelek sebuah kitab sirah kepunyaan abang ipar ana, jadi terasa ingin membuat rumusan dari part yang ana sempat baca nie~

*************************
Setelah seorang rasul wafat, maka Allah swt menghantar rasul kemudiannya bertujuan melengkapkan syariat Allah kepada nabi dan rasul yang terdahulu. Sepertimana Nabi Isa didatangkan kepada kaum Yahudi Bani Israel bukan sahaja untuk membenarkan apa yang terkandung dalam Taurat, malah untuk mempermudah syariat dan hukum-hakam yang terdapat dalam Taurat.

Firman Alllah swt
“Dan ( aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu….” ( ali-imran: 50)

Sebahagian besar syariat yang dibawa oleh nabi Musa a.s memang keras bersesuaian dengan sikap kaum Yahudi Bani Israel itu yang keras dan kejam. Antara contoh syariat Nabi Musa yang dianggap keras adalah, mereka diharamkan memakai pakaian yang terkena najis. Dalam kata yang mudah, pakaian yang terkena najis tidak boleh dibasuh, jika hendak memakai pakaian tersebut hendaklah digunting dan dibuang bahagian-bahagian yang terkena najis tersebut. Adalah sukar bagi seseorang untuk menghindari diri dari terkena najis pada pakaian sepanjang hidupnya, semakin kerap pakaian terkena najis, semakin banyak kain yang perlu dipotong dan ditampal dengan kain yang bersih..
Akhirnya perkara yang sulit ini diatasi apabila nabi Isa a.s diutus Allah untuk memudahkan umat manusia.Sebagaimana yang telah dijanji, baginda datang untuk menghalalkan sebahagian yang telah diharamkan ke atas mereka.
Selain itu sesiapa jua dikalangan umat nabi Musa yang melakukan dosa seperti mencuri di malam hari, maka keesokan hari, akan ada tulisan pada daun pintu rumahnya segala kejahatan yang telah dilakukan, dan oranhg ramai dapt membaca tulisan itu, demikian kekerasannya hukuman Allah terhadap umat nabi Musa a.s, hanya dengan cara demikian umat Nabi Musa takut melakukan kejahatan.
Ini menyebabkan Kaum Bani Israel sentiasa bersungut terhadap segala peraturan dan syariat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s, mereka berkata: “ Semua tak boleh, ini haram itu haram, semua haram belaka.” Sepatutnya apabila Nabi Isa a.s diutuskan, sewajarnya mereka bersyukur kerana hukuman dan syariat yang berat itu telah dimansuhkan dengan syariat yang didatangkan kepada nabi Isa a.s. malangnya mereka tidak bersyukur.
Lebih malang lagi, apabila masih ada dikalangan umat nabi Muhammad s.a.w, yang masih merungut dan mengatakan sebagaimana kaum Yahudi Bani Israel. “ mana boleh maju kalau buat ini haram, buat itu tak boleh”. Walhal syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan syariat nabi Isa, apatah lagi jika dibandingkan dengan syariat nabi Musa a.s. tentu amat jauh sekali.
Walau bagaimanapun, masih ramai umat Muhammad yang tidak bersyukur dengan syariat yang didatangkan bersama baginda s.a.w..yang sangat bertepatan dengan perwatakan dan keperibadian umat itu sendiri. Jika manusia inginkan kekayaan, maka syariat islam memnggalakkan umatnya untuk mendapatkan kekayaan dengan cara yang halal. Bilamana manusia mempunyai naluri inginkan perkahwinan, maka syariat islam menggalakkannya dengan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sesungguhnya kelahiran setiap nabi dan rasul itu adalah untuk mengekalkan aqidah nabi-nabi terdahulu. Sementara dalam bidang syariah setiap nabi dan rasul sentiasa ditugaskan oleh Allah bagi membantu mengemaskini hukum syariah, disamping menasakhkan sebahagian hukum syariat nabi dan rasul terdahulu.

Islam menyediakan syariat yang lebih mudah berbanding syariat yang terdahulu. Justeru itu, hukum syariat islam itu semakin mudah dan mampu dilakukan oleh setiap insan. Rasulullah turut memberi nasihat dalam pelaksanaan agama: “ permudahkan( dalam urusan agama) dan jangan dipersulitkan”.
Sesungguhnya Allah telah mengutus nabi Muhammad s.a.w. dengan syariat yang paling sempurna dan mampu dilakukan oleh setiap insan, maka tidak munasabah jika masih ada lagi umat yang ingin merungut dan menentang syariat Islam ini.. ~
Wallahu alam
Rujukan
(SIRAH NABAWIYYAH insan teladan sepanjang zaman- Tuan Guru Nik Abd. Aziz nik Mat)