Thursday, March 3, 2011

Adakah kita bertemu dgn org yg salah???

bismillah...


adakalanya kita akan terfikir,
adakah kita bertemu dengan orang yang salah??
classmate yang tak serasi?
roomate yang tak sekepala?
even adik beradik dlm family kita yang sukar difahami?
entry nie bkn utk cinta-cinta monyet ea!!!...
hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang punya seribu satu ragam yang pasti akan menjengkelkan hati, dan sangat sukar untuk kita bersama dan memahami mereka.
Terlalu ramai manusia dengan pelbagai karenahnya.
kerana berlainannya manusia itu adalah utk apa???…..

$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ


Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.


untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tak serasa dengan kita serta berlainan segalanya.
Walaupun diri kita dengan dia,
satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
DAn kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita perlu sentiasa berusaha mencari titik persamaan…
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah mentakdirkan setiap saat dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita:
akan kekurangan diri kita sendiri.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah… semua yang kita temui adalah tempat perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..
Percayalah, kekadang di awal pertemuan akan banyak berlaku ppertelingkahan, salah faham dan ketidakseragaman.
Namun masa akan mengubah segalanya, masa memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah rabbul jalil
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan , memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, tiada yang perlu digusarkan kerana ALlah ada untuk menyatukan hati kita insyaallah.
And He Knows best.
bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar2 yakin akan Dia..


ruj: muharikah

Friday, February 25, 2011

di mana HATIku?

bismilllah....


what to say???? something..
izinkan ana berbicara soal hati...
teringat akan pesanan imam al-ghazali: 


"carilah hatimu di tiga tempat. temui hatimu sewaktu membaca al-quran, tetapi jika tidaka kamu temui , carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kamu temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. jika tidak kamu temui juga maka berdoalah kepada Allah pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak punyai hati"


Allahu Akbar, ana tersentak seketika...merenung sedalam-dalam nya..mula mencuba utk mencari, dimana hati ini berada..
pelbagai soalan mula menerjah..
dimana hatiku???


ya Allah...
berilah aku hati yang lebih yakin
hati yang jitu
yang dapat mencintaiMU

ya Wahhab...
jadikanlah aku insan yang berilmu
yang merasai makna hikmah
dengannya dapat aku mendidik diri

ya Latif...
lembutkanlah akhlakku
ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia
dengan ikhlas
tanpa mengharap dibalas

ya Hannan...
kurniakanlah aku hati
yang dapat merasai keindahan iman
yang dengannya aku mendapat ketenangan..



Friday, November 12, 2010

SaLam imTihaN~




salam imtihan...


I.M.T.I.H.A.N datang lagi!!! sedar tak sedar, satu sem telah berlalu..


'dunia itu hanya tiga hari sahaja; kelmarin yg telah lampau berlalu tidak apa-apanya lg.& esok yg engkau bakal hadapi, masih menjadi tanda tanya apakah engkau boleh sampai atau tidak; & hari ini yg engkau berada d dalamnya, ambillah kesempatan sebaik-baiknya bagimu.. [imam- alghazali].

So, teruskan ber.U.S.A.H.A...


but...jgn sampai lupa pd si D.I.A 

 .."apabila enkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd Allah. Allah mencintai orang yg bertawakal."
[ ali-imran: 159]
 Yok!!! sama-sama kita berusaha semaximum mungkin..

Ayuh!! laju dan maju utk I.S.L.A.M...

"Bittaufiq wannajah fil imtihan niha'ie"

Friday, October 8, 2010

TeGuRaN itu penting(?)

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain


Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku dalam pemerintahan kerajaan, dalam syarikat,  dalam persatuan, hatta  dalam rumahtangga; bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. So, konklusinya  teguran itu boleh berlaku everywhere!. 

Biasaanya manusia hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran itu. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa saja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Berbeza pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. fuhh...comfirm!!! ada yg melenting..bukan semua boleh terima teguran spontan except mereka yang punya jiwa yang besar..hok puak yang berjiwa kecil akan dengan mudah terasa dan pasti 'makan dalam'
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang membezakan cuma bilangan kesalahan yang dilakukan samada sedikit atau banyak. Tetapi biarlah kita yang cuba  menegur ni adalah orang yang berusaha memelihara diri daripada melakukan kesalahan dengna sengaja supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Anda sibuk menegur adik-adik yang bercouple tapi anda sendiri sibuk dengan teman istimewa tempat meluah rasa, berkongsi suka duka..
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru kepada orang lain.

kekadang kita tak sedar  kesilapan yang kita lakukan, sebaliknya ada insan yang terlebih dahulu perasan akan kesilpan kita, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu lah cara anda menerima teguran, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama,
"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
 
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 
 
Apa yang Paling Penting?
KERJASAMA... ???
 
Kalau anda berani tegur orang, why not anda berlapng dada dan bersedia untuk ditegur. but...BIG BUT ramai yang tidak mampu lakukan ini. 
suka tegur orang TAPI tak suka ditegur..that's why before nak tegur orang, make sure teguran tu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri..BUT bukan bermakna anda mendiamkan diri, memekakkan telinga, memejamkan mata tatkala melihat kemungkaran bermaharajalela di sekitar anda dengan alasan anda belum cukup sempurna utk menegur!!!

islah nafsak wad'u ghairak...




ruj: iluvislam

Thursday, October 7, 2010

buatmu yg kukasihi~

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada kedua ibu bapa kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat kedua ibu bapanya atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan
didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...