Wednesday, July 14, 2010

KENAPA ANDA BELAJAR SEERAH NABAWIYYAH?

salam mujahadah..
Mengapa ANDA belajar seerah nabawiyyah?

********************************

Mempelajari seerah ini bukan semata-mata hendak mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman nabi s.a.w, dan bukan juga untuk mengetahui perkara-perkara yng aneh atau yang indah sahaja..

TETAPI..

apa yang hendak dipelajari ialah mengenai gerak-geri dan tindak-tanduk dan juga perangai nabi yang dikenali sebagai 'sirah nabawiyyah'.

Walaupun sirah nabi juga mengandungi tarikh, namun hakikatnya sirah ini lebih meluas. Ia merupakan perjalanan hidup yang meliputi sikap dan tindak-tanduk nabi s.a.w yang menafsirkan al-quran itu sendiri. Wahyu Allah sebagai panduan manusia memerlukan tafsiran. Justeru Allah swt telah mengutus nabi sebagai pentafsirnya.

Antara tujuan mempelajari seerah nabi ialah supaya kita bisa mendapatkan gambaran yang jelas tentang hakikat Islam yang wujud dalam hidup nabi saw.
 
Islam adalah suatu ajaran melalui wahyu Ilahi, ia tidak bisa difahami oleh manusia sejagat tanpa ada model [contoh] yang bisa dilihat.

Dengan mempelajari seerah kita bisa mengamalkan ajaran islam dengan memadankan apa yang tercatat didalam al-quran bersama apa yang telah ditafsirkan dalam kehidupan nabi saw.

diibaratkan ISLAM sebagai masakan, AL-QURAN sebagai resepi, sedang NABI saw sebagai guru; yang menerangkan cara mengadun dan memasak serta menghidangkan resepi itu sebagai suatu sajian yang amat diperlukan oleh umat manusia...

-untuk memahami islam, perlu kita mempelajari seerah nabawiyah ini-

[rujukan: kitab sirah nabawiyyah, insan teladan sepanjang zaman, tuan guru nik abd aziz nik mat]