Thursday, September 2, 2010

Pelindung Vs Perosak


salam mujahadah...
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

 Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

 Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!



Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?

Adakah dengan selalu menghubungi wanita itu, bertanya khabar,.atau adakah dengan selalu mengejut wanita itu qiam, memberi taujihat dan peringatan,

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin anda menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut?  Yakinkah anda? Sedarkah anda, bahawa anda mungkin menjadi sebaliknya, bukan pelindung tetapi perosak yang merosakkan!!.
 
"Merosakkan?"

Yup! perosak yang merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

mengaku sebagai orang yang FAHAM..tapi

Merosakkan amalan perempuan itu, anda kejut dia untuk qiam, BAGUS..tapi qiam kerana Allah atau bersama Allah? Bil ma’na =( anda + si dia + Allah), bukankah amalannya telah sedikit rosak?? asbab niat yang tidak jelas.
Pelindungkah? 

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘benar dan tidak melanggar syara’ walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri si dia berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah? 

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Wahai ar-reejal bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

Fikirlah dengan akal, renunglah dengan hati. Ketepikan nafsu di hati yang mengaburi mata hati daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
 
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar." 

Baginda bersabda, "
Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
 
waallahu 'alam 

astaghfirullah3x...

[ruj: iluvislam]

Wednesday, September 1, 2010

AnTara REAKTIF dan PROAKTIF..

salam mujahadah..

Dua golongan akan muncul apabila berhadapan dengan masalah yakni golongan REAKTIF dan PROAKTIF. Siapa golongan REAKTIF??? Mereka adalah golongan yang suka menuding jari kearah orang lain. Dia sering menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang sekali mahu mengaku kesalahan diri. Misalnya apabila si anak ditangkap kerana melakukan kesalahan yang dilakukannya, dengan pantas ibu bapa disalahkan. Budaya ‘bangau oh bangau’ sangat sebati dalam diri.


Sebagai contoh, hari ini jika si anak ditangkap berkhalwat lalu diajukan soalan;

‘kenapa awak sanggup lakukan perkara terlarang nie?’

Si anak akan menjawab “ ini bukan salah saya tapi ayah dan ibu saya yang salah, mereka tak bagi saya kasih sayang yang cukup”

Manakala apabila ditanya ibu bapanya lantas mereka menjawab, “ ini bukan salah kami, tapi salah guru yang tak pandai ajar anak kami dengan baik”

Begitulah seterusnya….

Masing-masing menuding jari kearah orang lain tanpa menghisab diri. Sampai kapan pun masalah tidak bisa selesai andai keadaan ini berlanjutan. Inilah bahana menuding jari. Kenapa jadi lembap? Sebab cikgu tak pandai mengajar. Kenapa malas? Sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang REAKTIF. Dan inilah budaya yang sedang tersebar luas dalam masyarakat kita hari ini. Lihat sahaja masalah sosial dikalangan remaja yang sedang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, masing-masing menuding jari kepada orang lain.

Lawan kepada sikap REAKTIF ini adalah PROAKTIF. PROAKTIF adalah sikap yang wajar ada dalam diri masyarakat. Apabila berhadapan dengan masalah atau peluang, seseorang itu akan menumpukan kepada apa yang bisa di laksanakan. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang dapat dikawalnya. Sebagai contoh, jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu pasti dapat mengubah orang lain. Sikap berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain untuk mengubah diri kita. Mereka yang PROAKTIF ialah orang yang punya keyakinan diri, disiplin diri dan harga diri yang tinggi. Ia bukan saja mampu mengawal diri malah bisa mengawal orang lain. Berbeza orang yang bersikap reaktif yakni orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, dia akan dicorak oleh keadaan sekeliling kerana tiadanya kekuatan dalam diri untuk berhadapan dengan masalah.

Dalam menangani masalah social dikalangan remaja kita hari ini, setiap pihak hendaklah bersikap PROAKTIF. Budaya “bangau oh bangau” hendaklah dihentikan. Sebagai manusia yang telah mumaiyyiz dan baligh, yang bisa menentukan yang hak dan batil seharusnya remaja tidak menyalahkan ibu bapa atas kesalahan yang dilakukan. Firman Allah swt:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang Telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami Hanya mengikuti apa yang Telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". [ al-baqarah: 170]


Sekalipun ibu bapa tidak memainkan peranan yang betul, namun remaja sewajarnya bisa menilai tindakan yang betul dan salah serta menilai setiap tindakannya. Mereka adalah pemandu kepada diri mereka sendiri. Jika berlanggar atau terlanggar jangan salahkan orang tapi salahkan diri sendiri, hisab diri dulu sebelum menghukum orang lain. Manakala si ibu dan bapa, jangan terlalu cepat melatah. Jangan sewenang-wenang menuding jari kearah guru atau masyarakat sekeliling. Anda insan paling hampir dan rapat dengan si anak. Sedar atau tidak?? Tentu sekali anda memberi pengaruh yang sangat besar terhadap pembentukan peribadi si anak. Anak kita adalah amanah kita, kita yang yang bertanggungjawab mencorak mereka. Buakankah nabi telah bersabda;

“ anak-anak dilahirkan suci bersih, ibu bapalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” [riwayat Bukhari & Muslim]

Jadi ibu bapa yang baik tidak akan menyalahkan guru, masyarakat atau kerajaan atas kerosakan anak mereka.sebaliknya, mereka akan memperbaiki diri dan mula mendidik anak-anak dengan terlebih dahulu mendidik diri sendiri!!

Begitu juga masyarakat, pihak sekolah, para pemimpin, masing-masing hendaklah melihat dan menghisab hati nurani masing-masing. Ingatlah kita bukan bangau, ikan atau kerbau yang tidak punya akal fikiran. Bukankah Allah telah mengiktiraf hak dan pilihan individu, maka atas dasar itu setiap dari kita akan ditanya ikut kemampuan, peranan dan tanggungjawab masing-masing. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa hatta syaitan sekalipun!! Jika kita terpedaya dengan godaan syaitan, itu salah kita..kenapa kita membiarkan diri diperdaya??? Sabda nabi;

“ setiap kamu adalah pengembala (pemimpin), dan setiap pengembala akan ditanya akan gembalaannya ”

Waallahu ‘alam