Thursday, May 19, 2011

ikhtilat IKHWAH & AKHAWAT, bagaimana dgn kita???

bismillah...
astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirulah... 
dada ini terasa begitu sesak..entah mengapa
kekadang, takut untuk terus berkata-kata...
takut untuk terus mengingatkan..
namun....
kerana sedar akan hakikat kemanusiaan bahwa diri ini tak lari dari membuat kesilapan, namun kesilapan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi. 

Masih ada peluang untuk membaiki keadaan. Takkan selamanya manusia itu berada dalam 
kesalahan yang sama. Begitulah juga dengan kita...

Persoalan "ikhtilat antara IKHWAH dan AKHAWAT, bagaimana dengan kita?" Terkadang saya berfikir sendiri, wajarkah isu ini dibangkitkan. Saya sedar bahwa ramai yang telah pun tahu dan faham benar akan persoalan ini namun izinkan diri ini membekaskan tulisan atas tajuk ini. Tujuan penulisan ini tidak lain dan tidak bukan sekadar ingin membuat sedikit perkongsian..

Seseorang yang mempunyai ilmu serta mengaku diri sebagai orang yang FAHAM tentang Islam, terutama mereka yang terlibatnya di dalam dakwah haruslah menjaga dan memastikan dirinya jauh daripada ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.

*******************************************

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".
firman Allah swt:

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)


Namun, bukanlah menundukkan pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa.Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)


3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah bisa melibatkan keluarga.
Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat!!

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.

Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.
firman Allah swt:
"... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

Islam amat menitik beratkan soal hubungan ikhtilah antara lelaki dan perempuan sebagai langkah ikhtiat agar kelangsungan ummah tidak dicelarukan.

Namun ini bukanlah bermaksud antara lelaki dan perempuan langsung tiada ruang komunikasi. Islam adalah agama yang mudah-memudah dan seharusnya relatif dengan tabie manusia. Islam meletakkan keharusan dalam muamalah dan hubungan kemasyarakatan antara lelaki dan perempuan dengan di sana juga diletakkan seiring batasan syariat. Batas yang digariskan bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan tapi sebenarnya ia adalah langkah selamat ke arah menjamin keselesaan dan keselamatan ummah.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum Hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? mari kita fikir bersama.....

Salam Thohirin & Tawwabin