Wednesday, April 6, 2011

k.e.M.A.A.F.a.n

bismillah...

sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan, saya merasakan bahawa perkara yang paling saya tidak sukai untuk melakukannya adalah menyakiti hati mereka yang berada di sisi. Namun tanpa disedari banyak hati yang telah terluka.

Adakalanya, saya merasakan bahawa saya telah melakukan yang terbaik untuk menyenangkan mereka yang berada di sisi, namun mengapa mereka masih tidak berpuas hati??? kelihatan 'ego' saya mula meninggi..astaghfirullah..
saya pernah cuba untuk menjadi 'tegar', cuba untuk membiarkan hati ini sedikit 'keras' dengan tidak mengendahkan mereka yang 'terasa' dengan saya, namun hati ini masih belum mampu, setiap kali diri ini cuba untuk 'berkeras' dan bertindak 'tegar', diri ini sendiri terasa sakit dan perit...

mungkin kerana ukhuwwah yang bertaut antara kita bukan kerana nafsu tetapi Allah lah yang mentautkan hati kita..
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita pernah berterima kasih kepada mereka? berterima kasih kepada mereka yang pernah menyakiti kita sehingga kita bisa jadi kuat, @ berterima kasih kepada mereka yang pernah membahagiakan kita @ berterima kasih kepada mereka yang sudi berada di sisi saat kita butuh bantuan..pernah?? 
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa mengakui bahawa setiap orang sedar akan ketidaksempurnaan dirinya.
Dengan itu juga kita belajar bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu adalah orang yang lain.
Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.
Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga meletakkan harga yang terlalu mahal harga untuk kemaafan kita?
Tak mahu bertegur sapa, tak mahu mendekati, tak mahu memandang tak mahu dan tak mahu...
adakah kesalahan 'dia' begitu besar sehingga 'dia' tak layak untuk dimaafkan oleh kita? adakah kesalahan yang 'dia' lakukan itu telah menghapuskan segala kenangan yang pernah sama2 kita lalui dalam tempoh yang panjang suatu ketika dulu, adakah kesalahan 'dia' dalam sehari dua telah membunuh ukhuwah yang terjalin hampir dua tahun..astaghfirullah..dosa apa yang telah 'dia' lakukan???
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?
Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita bisa mencontohi baginda?
Kita bakal diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan memberi sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." [Al-Hujurat : 10]