Friday, February 25, 2011

di mana HATIku?

bismilllah....


what to say???? something..
izinkan ana berbicara soal hati...
teringat akan pesanan imam al-ghazali: 


"carilah hatimu di tiga tempat. temui hatimu sewaktu membaca al-quran, tetapi jika tidaka kamu temui , carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kamu temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. jika tidak kamu temui juga maka berdoalah kepada Allah pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak punyai hati"


Allahu Akbar, ana tersentak seketika...merenung sedalam-dalam nya..mula mencuba utk mencari, dimana hati ini berada..
pelbagai soalan mula menerjah..
dimana hatiku???


ya Allah...
berilah aku hati yang lebih yakin
hati yang jitu
yang dapat mencintaiMU

ya Wahhab...
jadikanlah aku insan yang berilmu
yang merasai makna hikmah
dengannya dapat aku mendidik diri

ya Latif...
lembutkanlah akhlakku
ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia
dengan ikhlas
tanpa mengharap dibalas

ya Hannan...
kurniakanlah aku hati
yang dapat merasai keindahan iman
yang dengannya aku mendapat ketenangan..