Friday, November 12, 2010

SaLam imTihaN~




salam imtihan...


I.M.T.I.H.A.N datang lagi!!! sedar tak sedar, satu sem telah berlalu..


'dunia itu hanya tiga hari sahaja; kelmarin yg telah lampau berlalu tidak apa-apanya lg.& esok yg engkau bakal hadapi, masih menjadi tanda tanya apakah engkau boleh sampai atau tidak; & hari ini yg engkau berada d dalamnya, ambillah kesempatan sebaik-baiknya bagimu.. [imam- alghazali].

So, teruskan ber.U.S.A.H.A...


but...jgn sampai lupa pd si D.I.A 

 .."apabila enkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd Allah. Allah mencintai orang yg bertawakal."
[ ali-imran: 159]
 Yok!!! sama-sama kita berusaha semaximum mungkin..

Ayuh!! laju dan maju utk I.S.L.A.M...

"Bittaufiq wannajah fil imtihan niha'ie"

Friday, October 8, 2010

TeGuRaN itu penting(?)

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain


Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku dalam pemerintahan kerajaan, dalam syarikat,  dalam persatuan, hatta  dalam rumahtangga; bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. So, konklusinya  teguran itu boleh berlaku everywhere!. 

Biasaanya manusia hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran itu. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa saja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Berbeza pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. fuhh...comfirm!!! ada yg melenting..bukan semua boleh terima teguran spontan except mereka yang punya jiwa yang besar..hok puak yang berjiwa kecil akan dengan mudah terasa dan pasti 'makan dalam'
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang membezakan cuma bilangan kesalahan yang dilakukan samada sedikit atau banyak. Tetapi biarlah kita yang cuba  menegur ni adalah orang yang berusaha memelihara diri daripada melakukan kesalahan dengna sengaja supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Anda sibuk menegur adik-adik yang bercouple tapi anda sendiri sibuk dengan teman istimewa tempat meluah rasa, berkongsi suka duka..
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru kepada orang lain.

kekadang kita tak sedar  kesilapan yang kita lakukan, sebaliknya ada insan yang terlebih dahulu perasan akan kesilpan kita, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu lah cara anda menerima teguran, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama,
"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
 
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 
 
Apa yang Paling Penting?
KERJASAMA... ???
 
Kalau anda berani tegur orang, why not anda berlapng dada dan bersedia untuk ditegur. but...BIG BUT ramai yang tidak mampu lakukan ini. 
suka tegur orang TAPI tak suka ditegur..that's why before nak tegur orang, make sure teguran tu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri..BUT bukan bermakna anda mendiamkan diri, memekakkan telinga, memejamkan mata tatkala melihat kemungkaran bermaharajalela di sekitar anda dengan alasan anda belum cukup sempurna utk menegur!!!

islah nafsak wad'u ghairak...




ruj: iluvislam

Thursday, October 7, 2010

buatmu yg kukasihi~

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada kedua ibu bapa kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat kedua ibu bapanya atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan
didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Thursday, September 2, 2010

Pelindung Vs Perosak


salam mujahadah...
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

 Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

 Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!



Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?

Adakah dengan selalu menghubungi wanita itu, bertanya khabar,.atau adakah dengan selalu mengejut wanita itu qiam, memberi taujihat dan peringatan,

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin anda menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut?  Yakinkah anda? Sedarkah anda, bahawa anda mungkin menjadi sebaliknya, bukan pelindung tetapi perosak yang merosakkan!!.
 
"Merosakkan?"

Yup! perosak yang merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

mengaku sebagai orang yang FAHAM..tapi

Merosakkan amalan perempuan itu, anda kejut dia untuk qiam, BAGUS..tapi qiam kerana Allah atau bersama Allah? Bil ma’na =( anda + si dia + Allah), bukankah amalannya telah sedikit rosak?? asbab niat yang tidak jelas.
Pelindungkah? 

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘benar dan tidak melanggar syara’ walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri si dia berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah? 

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Wahai ar-reejal bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

Fikirlah dengan akal, renunglah dengan hati. Ketepikan nafsu di hati yang mengaburi mata hati daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
 
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar." 

Baginda bersabda, "
Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
 
waallahu 'alam 

astaghfirullah3x...

[ruj: iluvislam]

Wednesday, September 1, 2010

AnTara REAKTIF dan PROAKTIF..

salam mujahadah..

Dua golongan akan muncul apabila berhadapan dengan masalah yakni golongan REAKTIF dan PROAKTIF. Siapa golongan REAKTIF??? Mereka adalah golongan yang suka menuding jari kearah orang lain. Dia sering menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang sekali mahu mengaku kesalahan diri. Misalnya apabila si anak ditangkap kerana melakukan kesalahan yang dilakukannya, dengan pantas ibu bapa disalahkan. Budaya ‘bangau oh bangau’ sangat sebati dalam diri.


Sebagai contoh, hari ini jika si anak ditangkap berkhalwat lalu diajukan soalan;

‘kenapa awak sanggup lakukan perkara terlarang nie?’

Si anak akan menjawab “ ini bukan salah saya tapi ayah dan ibu saya yang salah, mereka tak bagi saya kasih sayang yang cukup”

Manakala apabila ditanya ibu bapanya lantas mereka menjawab, “ ini bukan salah kami, tapi salah guru yang tak pandai ajar anak kami dengan baik”

Begitulah seterusnya….

Masing-masing menuding jari kearah orang lain tanpa menghisab diri. Sampai kapan pun masalah tidak bisa selesai andai keadaan ini berlanjutan. Inilah bahana menuding jari. Kenapa jadi lembap? Sebab cikgu tak pandai mengajar. Kenapa malas? Sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang REAKTIF. Dan inilah budaya yang sedang tersebar luas dalam masyarakat kita hari ini. Lihat sahaja masalah sosial dikalangan remaja yang sedang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, masing-masing menuding jari kepada orang lain.

Lawan kepada sikap REAKTIF ini adalah PROAKTIF. PROAKTIF adalah sikap yang wajar ada dalam diri masyarakat. Apabila berhadapan dengan masalah atau peluang, seseorang itu akan menumpukan kepada apa yang bisa di laksanakan. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang dapat dikawalnya. Sebagai contoh, jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu pasti dapat mengubah orang lain. Sikap berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain untuk mengubah diri kita. Mereka yang PROAKTIF ialah orang yang punya keyakinan diri, disiplin diri dan harga diri yang tinggi. Ia bukan saja mampu mengawal diri malah bisa mengawal orang lain. Berbeza orang yang bersikap reaktif yakni orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, dia akan dicorak oleh keadaan sekeliling kerana tiadanya kekuatan dalam diri untuk berhadapan dengan masalah.

Dalam menangani masalah social dikalangan remaja kita hari ini, setiap pihak hendaklah bersikap PROAKTIF. Budaya “bangau oh bangau” hendaklah dihentikan. Sebagai manusia yang telah mumaiyyiz dan baligh, yang bisa menentukan yang hak dan batil seharusnya remaja tidak menyalahkan ibu bapa atas kesalahan yang dilakukan. Firman Allah swt:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang Telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami Hanya mengikuti apa yang Telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". [ al-baqarah: 170]


Sekalipun ibu bapa tidak memainkan peranan yang betul, namun remaja sewajarnya bisa menilai tindakan yang betul dan salah serta menilai setiap tindakannya. Mereka adalah pemandu kepada diri mereka sendiri. Jika berlanggar atau terlanggar jangan salahkan orang tapi salahkan diri sendiri, hisab diri dulu sebelum menghukum orang lain. Manakala si ibu dan bapa, jangan terlalu cepat melatah. Jangan sewenang-wenang menuding jari kearah guru atau masyarakat sekeliling. Anda insan paling hampir dan rapat dengan si anak. Sedar atau tidak?? Tentu sekali anda memberi pengaruh yang sangat besar terhadap pembentukan peribadi si anak. Anak kita adalah amanah kita, kita yang yang bertanggungjawab mencorak mereka. Buakankah nabi telah bersabda;

“ anak-anak dilahirkan suci bersih, ibu bapalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” [riwayat Bukhari & Muslim]

Jadi ibu bapa yang baik tidak akan menyalahkan guru, masyarakat atau kerajaan atas kerosakan anak mereka.sebaliknya, mereka akan memperbaiki diri dan mula mendidik anak-anak dengan terlebih dahulu mendidik diri sendiri!!

Begitu juga masyarakat, pihak sekolah, para pemimpin, masing-masing hendaklah melihat dan menghisab hati nurani masing-masing. Ingatlah kita bukan bangau, ikan atau kerbau yang tidak punya akal fikiran. Bukankah Allah telah mengiktiraf hak dan pilihan individu, maka atas dasar itu setiap dari kita akan ditanya ikut kemampuan, peranan dan tanggungjawab masing-masing. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa hatta syaitan sekalipun!! Jika kita terpedaya dengan godaan syaitan, itu salah kita..kenapa kita membiarkan diri diperdaya??? Sabda nabi;

“ setiap kamu adalah pengembala (pemimpin), dan setiap pengembala akan ditanya akan gembalaannya ”

Waallahu ‘alam

Wednesday, July 14, 2010

KENAPA ANDA BELAJAR SEERAH NABAWIYYAH?

salam mujahadah..
Mengapa ANDA belajar seerah nabawiyyah?

********************************

Mempelajari seerah ini bukan semata-mata hendak mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman nabi s.a.w, dan bukan juga untuk mengetahui perkara-perkara yng aneh atau yang indah sahaja..

TETAPI..

apa yang hendak dipelajari ialah mengenai gerak-geri dan tindak-tanduk dan juga perangai nabi yang dikenali sebagai 'sirah nabawiyyah'.

Walaupun sirah nabi juga mengandungi tarikh, namun hakikatnya sirah ini lebih meluas. Ia merupakan perjalanan hidup yang meliputi sikap dan tindak-tanduk nabi s.a.w yang menafsirkan al-quran itu sendiri. Wahyu Allah sebagai panduan manusia memerlukan tafsiran. Justeru Allah swt telah mengutus nabi sebagai pentafsirnya.

Antara tujuan mempelajari seerah nabi ialah supaya kita bisa mendapatkan gambaran yang jelas tentang hakikat Islam yang wujud dalam hidup nabi saw.
 
Islam adalah suatu ajaran melalui wahyu Ilahi, ia tidak bisa difahami oleh manusia sejagat tanpa ada model [contoh] yang bisa dilihat.

Dengan mempelajari seerah kita bisa mengamalkan ajaran islam dengan memadankan apa yang tercatat didalam al-quran bersama apa yang telah ditafsirkan dalam kehidupan nabi saw.

diibaratkan ISLAM sebagai masakan, AL-QURAN sebagai resepi, sedang NABI saw sebagai guru; yang menerangkan cara mengadun dan memasak serta menghidangkan resepi itu sebagai suatu sajian yang amat diperlukan oleh umat manusia...

-untuk memahami islam, perlu kita mempelajari seerah nabawiyah ini-

[rujukan: kitab sirah nabawiyyah, insan teladan sepanjang zaman, tuan guru nik abd aziz nik mat]

Wednesday, June 16, 2010

AwaS B.E.R.K.A.T.A-K.A.T.A

salam mujahadah..


Ramai dikalangan kita tidak menyedari bahawa mereka telahpun melakukan dosa setiap hari tanpa mereka sedari dan alangkah ruginya pula pahala yang mereka kerjakan dalam seharian hilang begitu sahaja, ini disebabkan kerana mereka telah melakukan dosa dengan mengumpat.


Apakah mengumpat itu?
 sabda rasul s.a.w

 "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"

 (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

sabda baginda rasulullah:

Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

sabda Rasulullah S.A.W.

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"

(Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang itu akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Cara yang terbaik bagi menghindari perbuatan mengumpat ini adalah dengan memperbanyakkan amalan dengan berzikir, kurangkan becakap benda yang sia-sia dan lalai.

A.M.A.N.A.H

Dengan BismilLah ku bermula

Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah

Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..

Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Saturday, May 29, 2010

SaTu AmanaH

salam mujahadah...

[ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"....]
-al-baqarah:30-



[ Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu ]
-al-zariat: 56-



[ Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ]
-Al-mukminun: 115-

[ Kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.....]
-Ali-Imran: 110-

[ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung ]
-Ali Imran: 104-

Masih mampukah kita tersenyum dan bergelak ketawa?, sedang task yang diberi oleh DIA bukan biasa-biasa.. 'amanah' yang kelak akan dipersoal dihadapanNYA..bersediakah kita?


"ana dah bersedia nak bawa ISLAM...ana pejuang ISLAM"

yeap! sangat bersedia kukira..

benarkah sudah bersedia???

 

*************************************************


KATANYA KAU SEORANG PEJUANG…


katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri akibat
lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu


katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu...

( ayuh sama renungkan kembali, telah bersediakah kita memikul amanah dari RABB ini? layakkah kita menggelar diri ini pejuang, pejuang agama! justeru bersiap siagalah agar kita tidak dipersoal kelak...)

Monday, May 17, 2010

golongan manusia~

salam mujahadah..


Golongan pertama:


[hidup untuk dunia sahaja]

dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup Yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".[ 6:29 ]

dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. [45:24]

Golongan kedua:

[sesat antara dunia dan akhirat]


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang Yang beriman serta mengerjakan amal-amal Yang soleh - ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. [47:12]

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [3:14]

Golongan ketiga:

[dunia adalah ladang untuk akhirat]

dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa Yang kamu usahakan. [6:3]

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [ 51:56]


dimanakah kita? gol. pertama, kedua atau ketiga..
ayuh sama2 fikirkan...

Tuesday, May 4, 2010

Kamu Orang yg FAHAM (?)

Salam mujahadah..
Mr. X : Ya Allah, tatkala bahang mahsyarMu menjilat tubuh, izinkan kami sama2 berteduh. Tatkala mizanMu teliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa, naungi kami di sana...berkat kasih sayang keranaMu semata2. Andai kulayak menapak di syurgaMu, kupinta insan yang ku syg ini bersama2ku..salam tahajud ukhtiku..
Srikandi_affan : syukran ya akhi..salam tahajud kembali =)
Biasa dengar situasi begini atau anda sendiri yang biasa berada dalam situasi ini???? Ini kot yang dinamakan dengan “ukhuwah”...mungkin saya nie terlalu “jumud”.. Ohoo, lupa nak habaq,
Mr. X dan Srikandi_affan bukanlah suami isteri. Yeap, langsung tiada ikatan sah dan halal! Tapi mereka adalah orang-orang yang ditarbiyah. FAHAM..[tapikan, kalau mereka orang yang FAHAM, mereka takkan buat macam ni! So, apa yang mereka FAHAM sbnr nya?]

Overate diri sendiri

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja"

* * * * * * * *

“Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kau akan mati. Cintailah sesiapa sahaja sepuas hatimu,tapi ingat kau pasti akan berpisah. Lakukanlah apa sahaja yang kau mahu,tapi ingat kau akan dibalas dengan yang selayaknya”

p/s : honestly, meremang bulu roma saya ketika menaip text msg di atas…geli.. Astaghfirullah..mari sama2 kita duduk sebentar dan beriman..fikirkan2 kalu anda orang yang di TARBIYAH dan FAHAM.... (peringatan buat diri penulis dan teman2)

Saturday, May 1, 2010

SeSeKaLi diUji~

Salam mujahadah..
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahanTerasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup iniTeruslah berdoa
Pada AllahPengasih…Pemurah dan Penyayang
(sesekali diuji- NICE)
ujian adalah tarbiyyah dari Allah, samada kita sabar atau sebaliknya...kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Allah..... Carilah rahmat disetiap ketentuan, yakinlah bahawasanya Allah s.w.t tidak akan mencabut sesuatu dari kita melainkan Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. TETAPI itu apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya. Maka janganlah kita terlalu bersedih dengan ujian yang menimpa..Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya sangat miskin. Sedangkan akhirat lebih baik dan kekal.Sehinggakan, barangsiapa yang mendapat musibah di dunia maka di akhirat kelak beliau akan mendapat kesenangan di akhirat; dan barangsiapa yang sengsara hidupmya di dunia, di akhirat kelak akan bahagialah.. berbeda dengan mereka yang lebih mencintai dunia, yang hanya mendamba kenikmatan dunia yang sementara dan lebih bahagia dengan keindahan dunia..hati mereka akan sentiasa gundah, bingung andai tidak bisa memperoleh kenikmatan dunia dan sangat gusar serta takut tatkala hidup di dunia tidak nyaman..mereka memandang ujian sebagai petaka yang menghancurkan, cubaan sebagai penamat segala kesenangan..ini kerana mereka terlalu mengagungkan dunia yang fana ini.. Wahai teman yang ditimpa ujian, sesungguhnya tiada sesuatu pun yang hilang dari kalian..hadapilah musibah dengan sabar, dengan itu kita akan menyaksikan buah manis dari musibah itu..... firman Tuhan:
....lalu didirikanlah di antara mereka( orang2 mukmin dan orang2 munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang disebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan disebelah luarnya ada seksa (neraka)
( al-hadid: 13)
Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia....

Saturday, April 24, 2010

Kesinambungan ISLAM dengan Syariat yang Mudah~

salam...

sedang ghalit studi sempat terbelek sebuah kitab sirah kepunyaan abang ipar ana, jadi terasa ingin membuat rumusan dari part yang ana sempat baca nie~

*************************
Setelah seorang rasul wafat, maka Allah swt menghantar rasul kemudiannya bertujuan melengkapkan syariat Allah kepada nabi dan rasul yang terdahulu. Sepertimana Nabi Isa didatangkan kepada kaum Yahudi Bani Israel bukan sahaja untuk membenarkan apa yang terkandung dalam Taurat, malah untuk mempermudah syariat dan hukum-hakam yang terdapat dalam Taurat.

Firman Alllah swt
“Dan ( aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu….” ( ali-imran: 50)

Sebahagian besar syariat yang dibawa oleh nabi Musa a.s memang keras bersesuaian dengan sikap kaum Yahudi Bani Israel itu yang keras dan kejam. Antara contoh syariat Nabi Musa yang dianggap keras adalah, mereka diharamkan memakai pakaian yang terkena najis. Dalam kata yang mudah, pakaian yang terkena najis tidak boleh dibasuh, jika hendak memakai pakaian tersebut hendaklah digunting dan dibuang bahagian-bahagian yang terkena najis tersebut. Adalah sukar bagi seseorang untuk menghindari diri dari terkena najis pada pakaian sepanjang hidupnya, semakin kerap pakaian terkena najis, semakin banyak kain yang perlu dipotong dan ditampal dengan kain yang bersih..
Akhirnya perkara yang sulit ini diatasi apabila nabi Isa a.s diutus Allah untuk memudahkan umat manusia.Sebagaimana yang telah dijanji, baginda datang untuk menghalalkan sebahagian yang telah diharamkan ke atas mereka.
Selain itu sesiapa jua dikalangan umat nabi Musa yang melakukan dosa seperti mencuri di malam hari, maka keesokan hari, akan ada tulisan pada daun pintu rumahnya segala kejahatan yang telah dilakukan, dan oranhg ramai dapt membaca tulisan itu, demikian kekerasannya hukuman Allah terhadap umat nabi Musa a.s, hanya dengan cara demikian umat Nabi Musa takut melakukan kejahatan.
Ini menyebabkan Kaum Bani Israel sentiasa bersungut terhadap segala peraturan dan syariat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s, mereka berkata: “ Semua tak boleh, ini haram itu haram, semua haram belaka.” Sepatutnya apabila Nabi Isa a.s diutuskan, sewajarnya mereka bersyukur kerana hukuman dan syariat yang berat itu telah dimansuhkan dengan syariat yang didatangkan kepada nabi Isa a.s. malangnya mereka tidak bersyukur.
Lebih malang lagi, apabila masih ada dikalangan umat nabi Muhammad s.a.w, yang masih merungut dan mengatakan sebagaimana kaum Yahudi Bani Israel. “ mana boleh maju kalau buat ini haram, buat itu tak boleh”. Walhal syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan syariat nabi Isa, apatah lagi jika dibandingkan dengan syariat nabi Musa a.s. tentu amat jauh sekali.
Walau bagaimanapun, masih ramai umat Muhammad yang tidak bersyukur dengan syariat yang didatangkan bersama baginda s.a.w..yang sangat bertepatan dengan perwatakan dan keperibadian umat itu sendiri. Jika manusia inginkan kekayaan, maka syariat islam memnggalakkan umatnya untuk mendapatkan kekayaan dengan cara yang halal. Bilamana manusia mempunyai naluri inginkan perkahwinan, maka syariat islam menggalakkannya dengan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sesungguhnya kelahiran setiap nabi dan rasul itu adalah untuk mengekalkan aqidah nabi-nabi terdahulu. Sementara dalam bidang syariah setiap nabi dan rasul sentiasa ditugaskan oleh Allah bagi membantu mengemaskini hukum syariah, disamping menasakhkan sebahagian hukum syariat nabi dan rasul terdahulu.

Islam menyediakan syariat yang lebih mudah berbanding syariat yang terdahulu. Justeru itu, hukum syariat islam itu semakin mudah dan mampu dilakukan oleh setiap insan. Rasulullah turut memberi nasihat dalam pelaksanaan agama: “ permudahkan( dalam urusan agama) dan jangan dipersulitkan”.
Sesungguhnya Allah telah mengutus nabi Muhammad s.a.w. dengan syariat yang paling sempurna dan mampu dilakukan oleh setiap insan, maka tidak munasabah jika masih ada lagi umat yang ingin merungut dan menentang syariat Islam ini.. ~
Wallahu alam
Rujukan
(SIRAH NABAWIYYAH insan teladan sepanjang zaman- Tuan Guru Nik Abd. Aziz nik Mat)

Friday, April 16, 2010

I.M.T.I.H.A.N DaTanG LaGi!!

Salam mujahadah~ I.M.T.I.H.A.H.A.N datang lagi.. demam i.m.t.i.h.a.n mula menyerang pelajar-pelajar..suma pakat kalut study..aku bukan jenis yang kaki study..aku study 'biasa-biasa' saja walaupun i.m.t.i.h.a.n is just around the corner...honestly aku jarang join group study melainkan tetiba aku ‘dijemput’ untuk menyertai mereka~ cara aku study kukira berbeza dari sahabatku...tp aku tidak menolak keberkesanan study group itu sendiri..cuma aku prefer study sendirian... Teringat aku suatu petang datang seorang sahabatku ke kamar praduanku dengan buku yang banyak..teruknya aku belum sempat dia membuka mulut untuk berkata2 aku telah memotong dengan kata2 yang jujur dan ikhlas dalam nada bersahaja ditambah sedikit gurauan .. “enti kalu nak studi jangan duduk dengan ana..baik enti pi umah sebelah..ana studi 'besa2' jer, nanti enti tak leh fokus” Aku bukan berniat menghalau sahabatku itu tapi aku tidak mahu dia terpengaruh dengan gaya aku studi yang kurang smart..gaya aku studi sangat 'biasa'.. Sahabatku itu tertawa sambil membalas kata2 ku. “ana taw, sini penjara dunia, ana pun memang tak nak study sini..he3x..” Perkara yang sangat membimbangkan aku bila tiba minggu study, i.m.t.i.h.a.n. semakin hampir..suma orang sibuk study termasuk diri ini walaupun aku studi 'biasa2' sahaja.. ibadah tidak teratur, tunggang langgang..kerana sibuk studi ibadah dilakukan sekadar sahaja.. perkara ini amat membimbangkan aku..sangat menggusarkan hati..mata sanggup dijegilkan hingga lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran tapi tahajjud dua rakaat tidak mampu dilakukan..sunat taubat tak larat dikerjakan..sunat witir gagal dilakukan... Sering diri ini diingatkan..niat perlu sentesa dibetulkan...studi2 jugak tapi jangan lupa pada Dia..Dia tetap menjadi keutamaan dalam setiap keadaan.. Adakah studi yang banyak itu satu jaminan kejayaan cemerlang bakal dicapai..benar usaha tangga kejayaan, namun adakah sekadar usaha kan membuahkan kejayaan cemerlang yang diinginkan sedangkan tanggungjawab pada Tuhan diabaikan..usaha lah semaximum mungkin kerana Allah tidak malihat kepada hasil tetapi usahamu itu sendiri... "you get what you deserve" jangan lupa dalam kesibukkan berusaha teruskan berdoa memohon padaNya agar dipermudah segala urusan~ setelah usaha yang terbaik, ikhtiar dan doa maka bertawakallah.. sedikit perkongsian TIPS menghadapi i.m.t.i.h.a.n
PERSEDIAAN ROHANI
Perlu diingat kedudukan kita sebagai hamba kepada sang pencipta hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya hanya bisa ditentukan oleh DIA.. oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohonlah agar Allah mencampakkan ketenangan dan menerangkan hati kita dalam menghadapi imtihan. Minta dipermudah dalam segala urusan~
2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya adalah antara doa yang dimakbulkan. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan antum, bagi yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, hubungilah ibu bapa antum via handphone antum yang canggih tue...
3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila antum sering membaca al-quran. bukankah Tuhan telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 28,
“orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram ”.

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri antum dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa. Pastikan antum berdoa mengikut adab-adab berdoa.
Insyaallah yang terbaik dariNya~
The road to success is not straight...
There is a curve called failure..
A loop called confusion..
Speed bumps called bad friends...
Red lights called enemies..
Caution lights called family..
You will have flat tyre called jobs...
But if you have a spare wheel called determination..
An engine called called preseverance..
Insurance called faith..
A driver called ALLAH..
you will make it to a place called ‘SUCCESS’ ....
~semoga berjaya, good luck, gambatte kudasai, bittaufiq wannajah!!!~

Wednesday, April 14, 2010

BagAimaNa kita ~

salam mujahadah....

Islam ini syumul...iNDAH~ islam is the way of life..islam memandu manusia dalam setiap perkara..dalam erti kata yang mudah, islam telah menyediakan jalan yang terbaik yang bisa memandu manusia dalam setiap perkara.. segalanya hanya terpulang kepada umat sekalian samada untuk mengikut atau menolak panduan yang di beri..
hari ini kita melihat realiti yang berlaku, umat islam seakan malu untuk mempraktikkan apa yang telah disyariat islam..seolah dengan mempraktikkan islam, kita akan kelihatan ketinggalan..anak-anak muda memilih untuk berada di tepi-tepi jalan sambil bermain gitar secara jemaah daripada menjadi ma'mum dalam solat di masjid... remaja muslim memilih berpeleseran di shopping complex lebih bermanfaat dari duduk menimba ilmu untuk kepentingan umat sejagat..gadis-gadis muda memilih pemakaian berfashion ala barat yang menampakkan pusat afdhal dari memakai jilbab melitupi aurat...
sedang hakikat sebenar islam bersifat murunah..fleksibel dan sesuai pada semua tempat dan masa..contoh dalam muamalat..hari ini, tidak dapat tidak...muamalat antara adam dan hawa pasti berlaku eg: dalam perbincangan ilmu, urusan kerja dan sebagainya..islam tidak menolak hal ini namun inDahnya islam menyediakan garis panduan dalam bermuamalat itu sendiri untuk mengelak kemudharatan yang berpotensi berlaku..namun semuanya terpulang kepada umat islam sendiri...dimana mereka meletakkan islam dalam kehidupan..panduan atau sekadar hiasan
di sini terdapat beberapa tips pergaulan yang dinyatakan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:
1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِن
وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......"
[Surah al-Nur : 30-31]
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ"
....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...."
[Surah al-Nur : 31]
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik. 3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-

a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.

b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.

c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.

4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.

5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.

6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.

waallhu alam..

Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net/

"moga kita sama-sama bisa beramal, fleksible is available but dont overstep the limit.."