Thursday, October 27, 2011

RoaD to NILAI!!!

salam mujahadah..
rasa telah lama tidak mencoret sesuatu pada ruangan yang telah bersawang ini..izinkan diri berkongsi sesuatu...


hari ini, baru ku sedar nilai sebuah ukhuwah..
hari ini baru ku sedar akan ujian itu suatu tarbiyah..
hari ini baru ku tahu pengalaman banyak mengajar..
hari ini baru ku tahu banyak hal...melalui suatu ujian yg didatangkan Tuhan..
ku yakini dulu, kini & selamanya, disebalik sesuatu pasti kan ada hikmahnya!


Seusai tautan ukhuwah bersama sahabat tamat, aku dan sahabatku, bertekad untuk bergerak pulang awal, insyaallah aku bisa mengingat jalan pulang dan siap untuk membonceng sahabatku..rumaisa' ku tunggang dengan cermat dan penuh berhati-hati kerana hujan baru saja mereda, jalan raya yang dipenuhi air pasti licin!
setelah memasuki highway, aku mengekalkan momentum rumaisa' sekitar 80-90km/j..


Bibir ini tidak lekang dari berzikir apabila rumaisa' ditunggangi, lebih-lebih lagi tatkala bermusafir ke tempat yang agak jauh. Sedikit berbangga dengan rumaisa' hari ini kerana dapat melakukan perjalanan yang jauh hampir sejam perjalanan.


tiba-tiba...


Rumaisa' yang kutunggang hilang kestabilan. dengan pantas aku memerlahankan tungganganku dan berhenti di sisi jalan..500m menghampiri R&R Seremban..rumaisa' tersadai seketika...


Sahabatku cuba menenangkan keadaan, kami cuba memikirkan jalan penyelesaian bersama, sahabatku mula menghubungi rakan-rakan lain untuk mendapatkan bantuan. sedang aku cuba menghubungi seorang pak cik yang sebelum ni telah membantu sahabatku yang ditimpa masalah yang sama..nasib tidak menyebelahi, pak cik tadi telah keluar memancing, kata si anak beliau.


Kelibat motor yang ingin membantu mula datang, lebih kurang 3-4 biji, tapi kami menolak dengan penuh hikmah bantuan motor-motor itu, kurang yakin!..takut keadaan rumaisa' lebih parah..


Hampir setengah jam menunggu, sahabat kami yang menaiki kancil tiba, namun kudrat muslimat berbeza dengan min, masalah masih tak dapat di selesaikan, terpaksa menunggu sahabat min dari nilai, yang dijangka tiba bersama pomen, tiba-tiba, sahabat A tidak jadi untuk datang dek kekangan yang muncul tanpa dugaan, Alhamdulillah aku masih dalam pengharapan, sahabat  B pula ingin datang menghulur bantuan, setelah sekian lama menunggu, kelibat sahabat B tak kunjung tiba, sahabat B juga akhirnya tidak dapat datang, tetapi sahabat C akan datang bersama pomen yang dijanji..penantian masih diteruskan, hujan semakin lebat..


Beberapa ketika menunggu, hujan mulai mereda, kami cuba menolak rumaisa' ke tempat yang lebih selamat, dalam hujan renyai-renyai itu sahabat-sahabat aku yang menaiki kereta turun, lalu bergilir-gilir, menolak rumaisa'...mungkin ini yang dikatakan ukhuwah..


terharu..sungguh,
itu yang aku rasa....


tetiba muncul sebuah lori..."PROPEL"


Tiga orang lelaki turun, dan cuba menghulur bantuan..keadaan kelam kabut, hujan masih turun..telefon bimbit kucapai, lalu kuhubungi sahabat C, bimbang beliau telah berada dalam perjalanan..alhamdulillah, beliau masih di rumah bersama pomen yang dijanji untuk datang bersama menghulur bantuan...


Akhirnya, keempat-empat bantuan yang dinanti dari Nilai selama satu jam setengah tidak jadi tiba...


Kami menaiki trak bersama rumaisa'...
alhamdulillah selamat tiba di bengkel semarak jam 6.47 pm..
tanpa membuang masa kami bergegas ke petronas untuk solat sementara rumaisa' dirawat.


Hakikatnya kaki ini masih terketar, terkejut dengan keadaan rumaisa' yang tidak stabil tadi....namun tidak tegar melihat sahabat yang kurang sihat menunggu lebih lama dalam keadaan basah yang pasti akan lebih menjejaskan kesihatan dirinya, ku kuatkan diri..


kuredah hujan yang lebat dengan penuh tekad..


alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah dalam keadaan lenjun...


alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana beri peluang untuk kami jadi tabah dan sabar....


maaf sahabatku, aku tak bisa melindungimu dari basah sedang dirimu kurang sihat kerana aku hanya punyai rumaisa' sebagai tunggangan...terima kasih kerana sudi bersamaku saat rumaisa' mengalami kecederaan...


26hb_okt11