Tuesday, May 4, 2010

Kamu Orang yg FAHAM (?)

Salam mujahadah..
Mr. X : Ya Allah, tatkala bahang mahsyarMu menjilat tubuh, izinkan kami sama2 berteduh. Tatkala mizanMu teliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa, naungi kami di sana...berkat kasih sayang keranaMu semata2. Andai kulayak menapak di syurgaMu, kupinta insan yang ku syg ini bersama2ku..salam tahajud ukhtiku..
Srikandi_affan : syukran ya akhi..salam tahajud kembali =)
Biasa dengar situasi begini atau anda sendiri yang biasa berada dalam situasi ini???? Ini kot yang dinamakan dengan “ukhuwah”...mungkin saya nie terlalu “jumud”.. Ohoo, lupa nak habaq,
Mr. X dan Srikandi_affan bukanlah suami isteri. Yeap, langsung tiada ikatan sah dan halal! Tapi mereka adalah orang-orang yang ditarbiyah. FAHAM..[tapikan, kalau mereka orang yang FAHAM, mereka takkan buat macam ni! So, apa yang mereka FAHAM sbnr nya?]

Overate diri sendiri

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja"

* * * * * * * *

“Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kau akan mati. Cintailah sesiapa sahaja sepuas hatimu,tapi ingat kau pasti akan berpisah. Lakukanlah apa sahaja yang kau mahu,tapi ingat kau akan dibalas dengan yang selayaknya”

p/s : honestly, meremang bulu roma saya ketika menaip text msg di atas…geli.. Astaghfirullah..mari sama2 kita duduk sebentar dan beriman..fikirkan2 kalu anda orang yang di TARBIYAH dan FAHAM.... (peringatan buat diri penulis dan teman2)

3 comments:

  1. biasalah percintaan enta enti-perlulah masukkan unsur-unsur tarbiah,ukhueewwah dan sebagainya, baru la nampak macam baitul muslim je.....

    kalau buka buku Bercinta Sampai ke Syurga, ustaz hasrizal ada ulas pasal kejut akahwat bangun tahajjud pukul 3.00pagi..subhanallah, moga kita tak tergolong dikalangan itu,,,

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.

    Barokallahu fiik! Teruskan mengetuk hati2 yg terlalai dan alpa. Ibtihaj sangat bersetuju dengan entry.Semoga Allah memelihara kita semua.Amin.Wassalam

    ReplyDelete
  3. baguz, peringatan yg mantap...truskan usaha yg baik...kerana dakwah tu sentiasa berjalan samada billisan mahupun bilkalam....

    ReplyDelete