Sunday, March 28, 2010

TeGas vs BeKenG

Salam mujahadah...

Rasa lega dan sedikit tenang tatkala semua buhus telah dihantar...erm....boleh relax sedikit..presentation kukira lambat lagi kerana aku adalah group kedua terakhir untuk present buhus bagi madah general nie..tup-tup..tanpa kusedari...benar masa berlalu dengan pantas..sungguh masa berlalu tanpa sedikit pun mengingatkan kita andai kita terus leka...next week giliran dua group terakhir untuk present..group aku dan group terakhir...huh...

“Ukhti..kita buat diskusi petang nie ea” ajak sahabat se-groupku..

“insyaallah” balasku...

Group kami terdiri dari dua orang muslimat n seorang muslimin... Sedang diskusi bermula..kami berbincang topik yang bakal kami bentang..kami menyelak dari muka ke muka..telah menjadi kebiasaan kalu berlaku perbincangan jinsain akan berlaku sedikit perbincangan di luar topik..aku tidak menolak perkara itu secara total..boleh sahaja hendak berbincang atau berbual sedikit tentang tajuk di luar topik untuk mengelakkan keadaan menjadi bosan dan suram...tetapi bagiku biarlah berpada..boleh sahaja untuk bergelak ketawa tapi biarlah pada tempatnya..tak perlu sokmo kukira..

Teringatku tatkala diskusi berjalan..aku hampir hilang fokus apabila sahabat-sahabatku tertawa..aku confius..

hatiku berbicara sendirian “ astaghfirullah..awat depa nie sokmo ketawa...apa yang berlaku? awat aku tak rasa nak ketawa?

Mungkin aku tidak terbabit dalam perbualan mereka...”

Then aku mintak mereka serius sebentar..kembali kepada topik perbincangan...

Permintaanku itu kulakukan bersahaja tapi dengan nada yang TEGAS..tapi disalahtafsir oleh muslimin nie..aku di cop 'bekeng'..

Bekengkah aku??

Sebelum diskusi berakhir, aku sempat clarify kepada si muslimin nie..

"maap ea, ana bukan bekeng tapi ana dah biasa macam nie bila bermuamalat dengan muslimin..kita kena tegas bukan 'bekeng'..bermuamalat dengan jinsain bukan mudah..bukan tak boleh melawak..ana pun boleh jer nak melawak tapi biar berpada dan kena tempat dan masa tak perlu sentesa..bimbang niat dan matlamat asal jauh tersasar.."

teringat aku akan kata-kata sahabatku.." islam itu murunah, bersifat fleksibel dalam pelbagai situasi..tapi perlu diingatkan, ramai yang menyalahtafsir.."

(Muamalat bersama muslimat)...Seriously aku bukanlah jenis yang suka marah..tapi aku lebih suka melawak..dan cara aku melawak biasanya suaraku akan kunaikkan..seolah-olah ingin marah..bagi yang tidak mengenaliku akan menge’cop’ aku bekeng... aku manusia biasa..bisa saja khilaf...

Sahabat-sahabatku..aku butuh kalian..andai aku khilaf tegurlah aku..andai aku lupa ingatkanlah aku..aku tidak bisa sendirian menelusuri jalan ini..andai aku hampir rebah, bantulah aku untuk bangun kembali..andai aku kurang upaya, papahlah aku..aku ingin terus berada dalam jalanNya...

Aku bimbang..sangat bimbang..

Andai diri ini menjadi fitnah..

Andai diri ini menjadi penyebab an-nas menjauhi islam..

Membawa islam bukanlah mudah..

Bukan semudah yang disangka..

Ya Allah aku mohon, kau mudahkan segala urusan kami, tuntunilah kami dalam setiap tindakan kami..hindari kami dari menjadi fitnah kepada agamaMu..sungguh Kau Maha Mengetahui...

2 comments:

  1. salam...bekeng??..hmm... x sgt kot...hehehe...xpela...apa yg berlaku, da berlaku.. mulut org mmg x bley tutup...sukati dia nak ckp enti bekeng..almuhim enti buat bnda yg haq..mmg susah muamalat antara jinsain ni..moga dpt tabah dan tarik muslimat laen agar menjaga batas..tarek ana jugak..=)...mmg susah bawak islam...ijtaheed!!!!

    ReplyDelete
  2. w'salam..syukran, ukhtie..insyaallah, same2 kita berusaha menjadi yg terbaik...for the seek of islam.. islah nafsak..wad'u ghairak...xtualy ana xda modal pg td..sje bw kua entry nie..sja nk menulis...

    ReplyDelete