Saturday, April 24, 2010

Kesinambungan ISLAM dengan Syariat yang Mudah~

salam...

sedang ghalit studi sempat terbelek sebuah kitab sirah kepunyaan abang ipar ana, jadi terasa ingin membuat rumusan dari part yang ana sempat baca nie~

*************************
Setelah seorang rasul wafat, maka Allah swt menghantar rasul kemudiannya bertujuan melengkapkan syariat Allah kepada nabi dan rasul yang terdahulu. Sepertimana Nabi Isa didatangkan kepada kaum Yahudi Bani Israel bukan sahaja untuk membenarkan apa yang terkandung dalam Taurat, malah untuk mempermudah syariat dan hukum-hakam yang terdapat dalam Taurat.

Firman Alllah swt
“Dan ( aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu….” ( ali-imran: 50)

Sebahagian besar syariat yang dibawa oleh nabi Musa a.s memang keras bersesuaian dengan sikap kaum Yahudi Bani Israel itu yang keras dan kejam. Antara contoh syariat Nabi Musa yang dianggap keras adalah, mereka diharamkan memakai pakaian yang terkena najis. Dalam kata yang mudah, pakaian yang terkena najis tidak boleh dibasuh, jika hendak memakai pakaian tersebut hendaklah digunting dan dibuang bahagian-bahagian yang terkena najis tersebut. Adalah sukar bagi seseorang untuk menghindari diri dari terkena najis pada pakaian sepanjang hidupnya, semakin kerap pakaian terkena najis, semakin banyak kain yang perlu dipotong dan ditampal dengan kain yang bersih..
Akhirnya perkara yang sulit ini diatasi apabila nabi Isa a.s diutus Allah untuk memudahkan umat manusia.Sebagaimana yang telah dijanji, baginda datang untuk menghalalkan sebahagian yang telah diharamkan ke atas mereka.
Selain itu sesiapa jua dikalangan umat nabi Musa yang melakukan dosa seperti mencuri di malam hari, maka keesokan hari, akan ada tulisan pada daun pintu rumahnya segala kejahatan yang telah dilakukan, dan oranhg ramai dapt membaca tulisan itu, demikian kekerasannya hukuman Allah terhadap umat nabi Musa a.s, hanya dengan cara demikian umat Nabi Musa takut melakukan kejahatan.
Ini menyebabkan Kaum Bani Israel sentiasa bersungut terhadap segala peraturan dan syariat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s, mereka berkata: “ Semua tak boleh, ini haram itu haram, semua haram belaka.” Sepatutnya apabila Nabi Isa a.s diutuskan, sewajarnya mereka bersyukur kerana hukuman dan syariat yang berat itu telah dimansuhkan dengan syariat yang didatangkan kepada nabi Isa a.s. malangnya mereka tidak bersyukur.
Lebih malang lagi, apabila masih ada dikalangan umat nabi Muhammad s.a.w, yang masih merungut dan mengatakan sebagaimana kaum Yahudi Bani Israel. “ mana boleh maju kalau buat ini haram, buat itu tak boleh”. Walhal syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan syariat nabi Isa, apatah lagi jika dibandingkan dengan syariat nabi Musa a.s. tentu amat jauh sekali.
Walau bagaimanapun, masih ramai umat Muhammad yang tidak bersyukur dengan syariat yang didatangkan bersama baginda s.a.w..yang sangat bertepatan dengan perwatakan dan keperibadian umat itu sendiri. Jika manusia inginkan kekayaan, maka syariat islam memnggalakkan umatnya untuk mendapatkan kekayaan dengan cara yang halal. Bilamana manusia mempunyai naluri inginkan perkahwinan, maka syariat islam menggalakkannya dengan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sesungguhnya kelahiran setiap nabi dan rasul itu adalah untuk mengekalkan aqidah nabi-nabi terdahulu. Sementara dalam bidang syariah setiap nabi dan rasul sentiasa ditugaskan oleh Allah bagi membantu mengemaskini hukum syariah, disamping menasakhkan sebahagian hukum syariat nabi dan rasul terdahulu.

Islam menyediakan syariat yang lebih mudah berbanding syariat yang terdahulu. Justeru itu, hukum syariat islam itu semakin mudah dan mampu dilakukan oleh setiap insan. Rasulullah turut memberi nasihat dalam pelaksanaan agama: “ permudahkan( dalam urusan agama) dan jangan dipersulitkan”.
Sesungguhnya Allah telah mengutus nabi Muhammad s.a.w. dengan syariat yang paling sempurna dan mampu dilakukan oleh setiap insan, maka tidak munasabah jika masih ada lagi umat yang ingin merungut dan menentang syariat Islam ini.. ~
Wallahu alam
Rujukan
(SIRAH NABAWIYYAH insan teladan sepanjang zaman- Tuan Guru Nik Abd. Aziz nik Mat)

No comments:

Post a Comment