Monday, February 22, 2010

benarkah NIATku..

Sedang aku duduk bersendirian..termenung aku seketika..sempat aku mengelamun entah ke mana..apabila mindaku telah kembali semula..aku mula terfikir..terfikir akan suatu perkara yang bakal tiba entah bila..keterbatasanku sebagai manusia gagal menduga saat yang bakal tiba..bilakah aku akan bertemu si DIA?..adakah saat itu aku telah pun bersedia?...gusar hati ini saat memikirkan perkara sedemikian rupa....apakah bekalanku untuk bertemuMU sang Pencipta...
Aku kurang gemar bersendirian tanpa sebarang amalan..bimbang saat itu tetamu tidak diundang kan bertandang..mengisi ruang kekosongon dengan amalan yang songsang..
BIMBANG..
diri kan hanyut dibuai khayalan..
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka"
(an-Nisa: 120)
suatu petang..
sedang aku membelek sisa buku yang belum habis dibaca teringat aku akan satu hadith yang pernah aku hafal ketika belajar di sekolah menengah dahulu.. berkenaan NIAT..
dalam kitab matan arba'in, hadith yang pertama juga adalah berkenaan NIAT
"Sesungguhnya amal perbuatan disertai niat dan setiap orang mendapat balasan dengan niatnya..."
Sungguh NIAT amat penting dalam setiap amalan... aku mula termenung jauh..
BIMBANG..
adakah niat yang ku sertai dalam amalanku selama ini BENAR..
Astaghfirullah..Tuhan andai NIAT ku tersasar..ampunilah aku
"sis, ana bimbang sangat.." 'nape adik nak bimbang??" "bukan ape sis, ana BIMBANG..ana perasan ana dah cukup sibuk..konon sibuk dengan kerja iSLAM..TAPI kekadang lupa nak muhasabah diri balik..btul ker niat ana nie..BIMBANG nanti bila di hadapan DIA..timbangan amalan ana KOSONG.." "hmm.. kita manusia banyak kelemahan..sama-samalah kita berusaha memperbaiki amalan dan cuba mengikhlaskan setiap amalan kita keranaNYA..kita sama-sama pasang NIAT sebelum memulakan pekerjaan kita..sungguh Allah Maha Tahu..mintak lah pada Allah hati yang IKHLAS dalam beribadah.. "beribadah jer?? "setiap amalan yang dikerjakan kerana Allah kan di kira ibadah.." "ha'a.."
Ya Allah aku mohon Kau ikhlaskan hati kami semua dalam beramal ibadah kepadaMu..terimalah amal ibadah kami..moga setiap amalan kami diterima sebagai kebajikan di sisiMu..

No comments:

Post a Comment