Saturday, February 20, 2010

lemahnya aku...

Sungguh jalanMu bukan mudah..penuh dengan liku namun kuteguhkan hati untuk terus berada di jalanMu.. sungguh aku perlu KUAT.. “Sis, saya tak tahu nape..adakalanya saya rasa dah penat, saya tak tahu nak buat apa lagi..nape dia tak nak berubah??” “Saya dah cuba cakap elok-elok dengan dia, nasihatkan dia.. tapi makin teruk.. kadang-kadang saya diperlekeh..

Firman Allah: ‘Serulah ke jalan TuhanMu( wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.’ (An Nahl: 125) “dik, jangan putus asa.. teruskan berdoa.” “ingatlah Allah yang memegang hati-hati manusia bukan kita..hidayah juga bukan milik kita. TAPI milik mutlak sang Pencipta..Nabi sendiri tidak dapat memberi hidayah kepada bapa saudara baginda...” dik jalan dakwah nie penuh dengan cabaran dan dugaan..kita kena kuat.. “saya tahu tu sis, tapi kadang-kadang saya rasa hampir putus asa..mereka tak nak paham saya..kalau cakap pasal DAKWAH diorang mula pandang rendah, saya tahu saya masih MENTAH” “dik, lets back to seerah.. Bagaimana rasulullah memulakan dakwah.. bapa saudara baginda sendiri menolak dakwah baginda..baginda tidak berputus asa kan??kemudian baginda mula menerima ujian untuk menghadapi tentangan-tentangan orang yang menolak dakwah baginda.. jika dilihat pemergian baginda rasulullah ke Thaif dalam misi menyampaikan risalah dakwah telah membuktikan bahawa betapa tekad yang kental dalam jiwa Rasul untuk meneruskan dakwahnya..bahkan ini menjadi bukti sikap tidak putus asa Nabi s.a.w. terhadap penerimaan orang ramai terhadap dakwah.Baginada turut pernah disakiti oleh kanak-kanak dan orang bodoh yang termakan hasutan Bani Thaqif. Rasulullah berusaha mencari medan baru untuk dakwah setelah terdapat halangan-halangan yang menyekat dakwah baginda di medan pertamanya (Mekah)..peristiwa kaki baginda luka yang mengalirkan darah meskipun baginda rasul yang mulia menunjukkan bahawa kesakitan dan penindasan yang bakal diterima oleh para pendakwah di jalan Allah..banyak lagi kesakitan yang telah ditanggung oleh baginda Rasulullah dalam meneruskan misi dakwah ini..jika dibandingkan dengan cabaran pendakwah hari ini..tidak sehebat di zaman baginda... " betul tue sis, lemahnya saya..baru diuji dengan sedikit ujian dan nak menyerah... "kata nak jadi mujaheedah.." "hmm..betul-betul..mujaheedah kena kuat! Hebatnya Rasulullah..tidak pernah lelah berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi..bangga saya menjadi umat Muhammad, hamba kepada al-khaliq yang Maha Hebat..hasil perjuangan baginda, kita dapat merasai nikmat iman dan ISLAM itu hari ini... TAPI.. Benarkah kita bersyukur dengan nikmat ISLAM yang diperjuangkan selama ini?? Dimanakah kita meletakkan ISLAM dalam hidup kita? Sekadar di atas nama atau kad pengenalan?? Bagaimanakah cara hidup kita hari ini?
Jangan sibuk mengejar kenikmatan dunia sehingga lupa bekalan hari di sana.. Syurga Allah bukan murah juga bukan mudah untuk dimiliki.. Siapkanlah diri untuk hidupmu selepas mati...
RENUNG-RENUNGKANLAH...
Semoga kita bisa bertemu di sana.....

2 comments:

  1. buat jiwa yang tenang, tegar di atas JALAN ini..

    moga kau terus bersemangat dalam menjalani sisa-sisa hidup mu..

    yakinlah bahawa syurga itu hanya dicipta untuk kelompok manusiawi yang hebat.

    hakikatnya,

    ujian yang kau hadapi ni sekadar cebisan sisa-sisa duniawi yang seharusnya menjadikan kau terus kuat..

    moga kita terus kuat memburu hak kita di sana..

    "islam itu hebat, dan hanya bisa dipikul oleh orang yang hebat, maka...jadilah kau dan aku orang2 yang hebat.."

    salam sayang, salam juang..

    ReplyDelete
  2. syukran ya ukhtie..
    moga diri nie terus kuat..

    ReplyDelete