Thursday, February 18, 2010

~cuti mid-sem~

Tidak sabar rasanya ingin pulang ke pangkuan keluarga tercinta nun jauh di sebuah negeri yang terletak di sebuah negara yang aman damai lagi permai... Seperti biasa melalui value menaiki kereta tanpa pemandu, aku meneruskan perjalanan ke pekan teluk utara..kemudian menukar haluan ke plaza citizen menaiki kereta yang lebih laju..seusai di sana aku meneruskan perjalananku ke pudu rakyat dengan langkah kaki yang lesu..aku tidak sempat mengambil futur pagi itu..melihat keadaan sekeliling aku bingung dan tertanya-tanya pada diri..sering saja aku berada di pudu rakyat ini dan belum pernah aku lihat keadaan di sini lapang...semedang penuh dek manusia yang sering menyesakkan laluan.. diorang nie tak de kerja lain ker??...walhal aku yang turut berada di sini pasti menjadi tanda tanya bagi mereka yang juga tidak puas hati..he3... ape-ape pun alhamdulillah aku tiba di destinasiku dengan selamat..tibanya aku disambut oleh dua wajah yang tenang yang kurindu asbab sekian lama tidak bertemu..kucium dan kudakap keduanya erat...

Keesokkan hari...
Pagi itu aku dirai oleh kedua insan tersayang.. emak dan abah mempelawa aku mengambil breakfast di luar..hmm bestnya..al maklum lah dah lama tak makan bersama..tambahan pulak aku nie memang teringin benar nak makan capati..tapi hajat tak kesampaian disebabkan restoran nelayan yang kami tuju ini tidak menjual makanan ala-ala mamak nie..restoran melayu total lah kononnya..selangkah kami memasuki perkarangan restoran itu, kelihatan kelibat sepupuku menuju restoran yang sama..emak mula bersuara “ dek rezeki kamu lagi lah hari nie, tue kakak sepupu kamu..” beriya mak berkata-kata... Sedang kami menunggu makanan yang dipesan tiba..emak dan abah rancak berbual dengan kakak sepupuku dan suaminya..biasanya orang-orang di kampungku akan berbual di dalam bahasa german terutama ketika berada di hadapan anak-anak muda..harapan mereka agar perbualan mereka tidak ketahuan..walhal aku anak german, mestilah aku bisa mengerti kalimat yang mereka tuturkan..
“bik..enek kerungu gak pasal anak e wak....? “Oh..bik enek kerungu citik-citik, opo tenen ko?? “Yo la bik..kabeh wong wes ngomong-ngomong..kito ke podo kesian karo dea..tapi emboh la.. huh(mengeluh) “Bocah-bocah sekarang ...

Panjang jugak perbualan mereka..aku tidak berani menyampuk tatkala orang tua berbicara kerana aku telah diajar begitu.. namun jauh di lubuk hatiku inginku berkata-kata.. aku sedih, pilu mendengar kisah yang terjadi lewat ini..aku hanya bisa beristighfar panjang.. Sebagai pedoman bukan untuk mengaibkan sesiapa.. aku amat kasihan melihat nasib seorang imam di qaryahku ini...lebih dari seorang anak lelaki beliau yang telah keterlanjuran..yang membuat aku perit, mereka seolah tidak rasa bersalah dengan perbuatan itu..aku kenali mereka kerana sempat menjadi teman sepermainan satu ketika dahulu...sembilan tahun lalu kiranya..namun kini mengapa bisa mereka menjadi begitu rakus terhadap dunia?? Dalam perjalanan pulang, aku sempat membuka bicara..
“Siapa yang bersalah dalam soal ini??”

Emak dan abah senyap barangkali terkejut sedikit kerana tetiba aku membuka kembali topik yang mereka bualkan sebentar tadi..

“entahlah dek...zaman sekarang macam-macam boleh berlaku”

Sebelum ini aku pernah mendengar, anak kepada saudaraku yang tidak jauh pertaliannya ditangkap di sebuah hotel..usianya baru 18 tahun..usia jagung setahun..dan itu bukan kali pertama.. Bukan sekadar itu sahaja, pernah juga ditangkap kanak-kanak semuda 13-14 tahun berkhalwat..
ASTAGHFIRULLAH...
Keadaan di qaryahku agak teruk.. masalah sosial sangat berleluasa..aurat?? perkara biasa..ikhtilat tak terkawal, masalah rempit..usah di kata..merekalah yang beriya ingin menjadi juara.. Mengapa keadaan ini berlaku?? Aku bingung.. Di mana peranan kita, umat Islam?? Seolah tidak ada orang peduli..masalah tambahan di qaryahku, mereka gemar membawa hal masing-masing..tidak bisa menerima teguran..teguran adalah satu penghinaan buat mereka sedangkan jelas kesalahan yang dilakukan.. mereka tegar membela kesalahan anak-anak...benarkah tindakan ini??? Atas alasan apa mereka bertindak sedemikian rupa?? Cinta atau kasih? Fikir-fikirkanlah wahai ibu-ibu-ibu dan bapak-bapak?? Juga bakal ibu dan bapa... Apa yang perlu dilakukan?..andai si A bersuara, si B akan membalas dengan sumpahan... Aku bingung!!!Aku sedih..pilu... Manusia terlalu rakus terhadap kenikmatan dunia yang sementara sehingga lupa kehidupan kekal di SANA...
Ya Allah tunjukilah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat..
Wahai saudaraku..
Sedarlah kalian..
bangunlah dari lamunan,
Apa yang kalian impikan?,
Adakah Kesenangan ?
atau keenakan yang berterusan?
Dunia hanya persinggahan,
Buat insan mencari bekalan,
Untuk menghadap Tuhan..
Adakah cukup amalan kalian??,
Sebagai jaminan dihadapan Tuhan...
~19 Feb 2010 : 1.16 a.m~

1 comment:

  1. saya tolong terjemah
    “bik..enek kerungu gak pasal anak e wak....? “Oh..bik enek kerungu citik-citik, opo tenen ko?? “Yo la bik..kabeh wong wes ngomong-ngomong..kito ke podo kesian karo dea..tapi emboh la.. huh(mengeluh) “Bocah-bocah sekarang ...
    maksudnya :cik,ade denga tk psl anak nye pakcik?
    oh,cik ade denga sket2,,ape btol ko?
    ya la cik,abes sume orang dah ckap2,kite kesian kt dia tp ntah la,,... See more
    bdk-bdk skrg,,

    hehe,,

    ReplyDelete